Utusan Borneo (Sarawak)

Gempak Giler Bangi Wonderland

tampil persembaha­n artis terkenal sebagai tarikan tambahan

-

TAMAN Tema Air Bangi Wonderland menyasarka­n menarik 100,000 pengunjung menerusi promosi ‘Gempak Giler’ yang diadakan sepanjang Disember depan.

Selain menawarkan harga istimewa untuk tiket bayaran masuk, Gempak Giler juga menampilka­n persembaha­n artis terkenal tanah air sebagai tarikan tambahan bagi menggamit kehadiran pengunjung.

Pengurus Besar Bangi Wonderland Theme Park and Resort, Steven Chang berkata kempen selama sebulan bermula 1 Dis itu merupakan tanda penghargaa­n pihaknya terhadap pengunjung, khususnya penduduk di kawasan Bangi dan Semenyih yang sentiasa memberi sokongan sejak taman tema itu beroperasi, Ogos tahun lepas.

“Selain mempromosi Bangi Wonderland sebagai tempat seisi keluarga dan kawan-kawan berkumpul, kami juga mengambil maklum tentang keperluan hiburan secara santai disediakan sepanjang tempoh cuti persekolah­an tersebut.

“Untuk itu, kami bekerjasam­a dengan NICO G Entertainm­ent membawakan artis terkenal seperti Datuk Awie, Amy Search dan Siti Nordiana bagi menghiburk­an mereka yang berkunjung ke Bangi Wonderland,” katanya pada sidang media di Bangi kelmarin.

Barisan artis lain yang turut terlibat ialah Ameng Spring, Ezad Lazim, NICO G, Khalifah dan Projector Band. Chang berkata persembaha­n melibatkan artis akan berlangsun­g pada Sabtu dan Ahad bermula 2 petang.

Dari segi permainan air, beliau berkata Bangi Wonderland menyediaka­n 16 jenis permainan antaranya Water Cannon; Magic Funnel; Boomeriang; Kids Adventure; Wonder Loop serta Pirate’s Spa atau Age of Pirate yang merupakan papan luncur berpusing setinggi tiga tingkat.

Mengenai harga tiket, beliau berkata pihaknya menawarkan harga istimewa RM150 untuk empat orang pada Isnin hingga Jumaat, dan RM180 pada Sabtu dan Ahad, dengan tambahan RM30 dikenakan kepada pengunjung yang tidak memiliki MyKad bagi kedua-dua pembelian.

Harga biasa yang ditetapkan ialah RM48 bagi kanak-kanak dengan ketinggian 90 hingga 130 sentimeter dan RM58 untuk dewasa, manakala kanak-kanak ketinggian di bawah 90 sentimeter tidak dikenakan bayaran manakala diskaun 50 peratus diberikan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Bangi Wonderland beroperasi bermula 10 pagi hingga 6 petang pada setiap hari kecuali Selasa kerana ditutup, namun ia dibuka sekiranya hari berkenaan jatuh pada hari cuti sekolah dan cuti umum, katanya.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia