Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki tanpa senjata bunuh ular di dalam kereta api jadi wira Internet

-

JAKARTA: Seorang lelaki Indonesia yang menggunaka­n tangannya sahaja untuk membunuh seekor ular yang telah ditemui menjalar di dalam sebuah kereta api komuter sibuk telah menjadi seorang wira di dalam Internet.

Kereta api tersebut telah berhenti secara mengejut selepas haiwan reptilia itu dikesan menyorok di atas sebuah rak bagasi di dalam sebuah gerabak menuju ke Jakarta dari Bogor, di selatan ibu negara.

Rakaman telefon pintar, yang segera ditularkan, menunjukka­n lelaki berkaca mata itu dengan selamba menangkap ekor ular itu dan kemudian menghentak kepala ular di atas lantai dalam satu aksi memukul dengan kejam.

Haiwan itu kelihatan terbunuh serta- merta ketika para penonton yang terkejut – termasuk seorang anggota keselamata­n transit yang bersenjata­kan belantan – menjauhkan diri mereka.

Lelaki yang tidak dikenali itu membawa sebuah beg sandang kemudian melontar bangkai ular itu, yang kelihatan sepanjang kira-kira satu meter, keluar ke arah kakitangan keselamata­n yang menunggu.

Ia masih belum jelas apakah jenis ular itu, atau sama ada ia beracun.

Tiada kecederaan di kalangan penumpang telah dilaporkan.

Syarikat kereta api KCI berkata reptilia itu dipercayai telah menyusup keluar dari beg seorang penumpang.

“Kami berasa kesal dengan insiden itu dan meminta maaf kepada pengguna kereta api yang terganggu dengan kejadian itu,” kata jurucakap Eva Chairunnis­a.

Ia adalah bukan luar biasa untuk melihat haiwan ternakan atau haiwan peliharaan berada di dalam pengangkut­an awam di kawasan luar bandar Indonesia, namun para penumpang adalah dilarang membawa haiwan di dalam perkhidmat­an pengangkut­an bandar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia