Utusan Borneo (Sarawak)

Samseng penggal kepala, korek jantung lelaki dekat Washington

-

WASHINGTON: Sebuah kumpulan samseng jalanan Latin yang bersifat ultra-kejam di mana Presiden Donald Trump telah berjanji untuk hapuskan telah memenggal kepala seorang lelaki dan mengambil jantungnya sebelum menanamnya di sebuah taman berhampira­n bandar utama Amerika Syarikat (AS), menurut laporan kelmarin.

Mangsa tersebut, yang masih belum dikenal pasti, telah ditikam sebanyak lebih 100 kali di Wheaton, Maryland hanya di luar Washington DC, menurut satu kenyataan oleh Jabatan Polis Montgomery County.

Setakat ini pihak berkuasa telah menahan Miguel Angel Lopez- Abrego, 19, untuk pembunuhan darjah pertama.

Dokumen pendakwaan diperolehi oleh Montgomery Community Media dan WBALTV11 menambah bahawa mangsa telah dikerat dan jantungnya telah dikeluarka­n dari dadanya, dalam satu serangan dirancang selama beberapa minggu serta melibatkan 10 orang.

Mara Salvatruch­a, atau MS- 13, telah dianggarka­n mempunyai 10,000 anggota di seluruh Amerika Syarikat.

Kumpulan samseng itu bergiat sebagai sebuah kumpulan yang mempunyai beberapa unit dalam bahasa Sepanyol sebagai “clicas,” sebahagian daripadany­a adalah lebih besar dan lebih kejam berbanding yang lain.

Ia telah menjadi tumpuan bagi tindakan Trump terhadap jenayah, yang beliau akui sebagai telah meningkat hasil dari kawasan sempadan yang mudah dimasuki oleh anggota samseng.

Kebanyakan anggota mengesan asal usul mereka hingga ke El Salvador, Honduras atau Guatemala, dan di kalangan anggota terdapat jumlah imigran yang sama ramai dengan rakyat AS.

Pihak berkuasa pada minggu lepas telah mengumumka­n bahawa mereka menahan 214 anggota samseng dalam satu tindakan seluruh negara selama sebulan.

Lebih separuh ditahan ketika operasi yang diketuai oleh agensi Penguatkua­saan Imigresen dan Kastam, telah ditangkap bagi pelanggara­n imigresen. Namun 93 berdepan dengan dakwaan jenayah persekutua­n termasuk pembunuhan, rompakan, dadah dan kegiatan haram. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia