31 penerima DUN Senadin terima MRP RM221,000
MIRI: Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM221,000 kepada 31 penerima di sini semalam.
Penerima berkenaan masing-masing daripada pelbagai organisasi, persatuan dan kelab.
Mereka ialah Persekutuan Persatuan Masyarakat GuangDong Sarawak, PIBG SMK Riam, PIBG SMK Baru Miri, Jawatankuasa Kebajikan Sekolah Agama Rakyat Miri, Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Miri, PIBG SMK Pujut, KRT KampungMasjidKualaBaram,JKKKPiasau Jaya, Kelas PKK KEMAS Kampung Tudan Fasa 5, Persatuan Kebajikan dan Sosial Kampung Tudan, Ahli Jawatankuasa dan Kebajikan Kawasan Tudan Fasa 4.
Turut menerima ialah PIBG SK Lutong, PIBG SK Senadin, Badan Kebajikan Islam Miri, SMK Merbau Miri, Masjid Darul Ehsan, Piasau Seacout, JKKK Pujut Tanjung Batu, Kelab Pencinta Burung Kicau Miri, KESKEB IKBN Miri, Palliative Care Association of Miri, Pasukan Perlindungan Kanak-kanak, PIBG SK Merbau Miri, PIBG SK Pujut Corner Miri, Tadika Krokop, Tadika Cahaya Bintang Utara, Kaying Community Association, The Society for Miri Urban Poor, Pertubuhan Belia Dayak Sarawak, PIBG SK St Joseph dan Diocese of Miri.
Majlis penyerahan MRP diadakan di dewan serba guna pejabat SUPP Senadin dan dihadiri oleh Pembantu Khas Lee merangkap Ketua Publisiti SUPP Senadin, Erick Chin.
Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berharap semua penerima menggunakan peruntukan sebaiknyabagimelaksanakanpelbagaiaktiviti bermanfaat untuk masyarakat setempat.