Utusan Borneo (Sarawak)

Pandikar tiada hak persoal hak, aspirasi Sarawak dalam MA63

-

KUCHING: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tiada hak untuk mempersoal­kan hak dan aspirasi Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Penganalis­is politik Dato Peter Minos berkata, Sarawak hanya mahu haknya dan jika Pandikar tidak mengetahui tentang fakta sejarah, beliau seharusnya diam dan menghormat­i rakyat Sarawak serta pemimpinny­a.

“Jika Pandikar Amin mahu berdebat, ada baiknya beliau berdebat dengan rakan menteri dari Sabah dan adalah lebih baik dirinya melakukan sesuatu untuk Sabah.

“Jika beliau ada rasa dan keinginan untuk membantu rakyat Sabah, beliau akan berjuang untuk Sabah menggunaka­n MA63,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Minos berkata, Pandikar nampaknya tidak mengetahui fakta sejarah kerana tanpa MA63 tidak akan ada Malaysia.

“Atas dasar MA63, Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura bersama membentuk Malaysia.

“MA63 perjanjian antarabang­sa yang diiktiraf Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) dan tidak dipengaruh­i undang-undang di mana kuasa dan hak Sabah serta Sarawak dinyatakan dengan jelas,” katanya.

Minos menegaskan, semakin Pandikar mencabar Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg semakin ramai rakyat Sarawak akan membalas balik tindakanny­a.

Katanya, Sarawak mahu haknya dari Kuala Lumpur secepat mungkin dan rakyat Sarawak berdiri teguh di belakang Abang Johari untuk mencapai perkara berkenaan.

“Kami rakyat Sarawak tidak akan meninggalk­an Ketua Menteri kami berseorang­an sebaliknya berdiri teguh di belakang beliau.

“Kepada Pandikar, lebih baik anda berundur dan jangan campur tangan dalam Sarawak,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia