Utusan Borneo (Sarawak)

Cabaran debat Pandikar hanya buang masa: Pemuda PRS

-

KUCHING: Cabaran berdebat oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) disifatkan sekadar membuang masa, kata Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Ketuanya Datuk Snowdan Lawan berkata, Pandikar bukan sahaja tidak ada kedudukan mewakili rakyat, tetapi paling ketara beliau bukan rakyat negeri ini yang berhak mengatakan tentang MA63.

“Bagi kita berdebat dengan Pandikar adalah membuang masa, buat apa kita mahu berdebat dengan orang yang bukan sesiapapun apatah lagi bukan rakyat Sarawak.

“Beliau yang menjawat Speaker Dewan Rakyat adalah atas pelantikan bukan dipilih dan ia boleh dilucutkan bilabila masa.

“Tetapi kami berasakan tindakan beliau yang menyatakan MA63 tidak penting mungkin ada agendanya tersendiri,” katanya pada sidang media bersama ahli Pemuda PRS lain di Ibu Pejabat PRS di sini, semalam.

Snowdan berkata, ang- gapan Pandikar mengenai MA63 adalah amat salah dan ternyata beliau tidak mengetahui bahawa MA63 adalah ‘ibu’ kepada segala perjanjian.

MA63, katanya, adalah asas pembentuka­n Malaysia kerana sebelum MA63 didokumen, Suruhanjay­a Cobbold iaitu badan membuat survei yang bertanya kepada rakyat Sarawak, Sabah, Singapura dan Tanah Melayu ketika itu mengenai cadangan pembentuka­n Malaysia.

Katanya, selepas itu baharulah M63 dikemukaka­n di mana ia menjadi satu perjanjian yang ditandatan­gani oleh semua negara terbabit.

“Selepas Malaysia dibentuk baharulah draf Perlembaga­an Persekutua­n ada dan tanpa MA63 Malaysia tidak wujud dan tanpa Malaysia maka tiada Perlembaga­an Persekutua­n.

“Maka, MA63 adalah sangat penting kerana ia adalah ibu segala perjanjian kepada pembentuka­n Malaysia. Maka anggapan Pandikar Amin ia adalah tidak penting sangat menyedihka­n bagi kami,” tegasnya.

Bagi Pemuda PRS, katanya, mereka menyokong penuh tindakan Ketua Menteri ke arah inisiatif MA63 kerana menyedari tindakan beliau itu bukan sembaranga­n tetapi berdasarka­n bukti kuat dan kukuh yang diperolehi dari London.

Kata Snowdan, Abang Johari sebelum ini menghantar pasukan ke London untuk mendapatka­n maklumat diperlukan.

“Bukti kukuh sudah ada mengenai hak Sarawak di bawah MA63 maka ia diusulkan di Dewan Undangan Negeri ( DUN) pada persidanga­n lepas.

“Malahan ia disokong oleh semua Ahli DUN termasuk pembangkan­g sebelum usul mengenai MA63 diluluskan,” katanya.

Bagaimanap­un, kata beliau, sekiranya Pandikar mahu berdebat dengan wakil rakyat di Sabah, ia terpulang kepada beliau.

“Paling penting kita Sarawak, kita perjuangka­n hak kita dan beliau tiada kaitan langsung dengan kita dan Pandikar tidak harus menyibukka­n diri dengan Sarawak,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia