Utusan Borneo (Sarawak)

Johann dipilih sebagai Ketua Pemuda PBB Tellian

-

MUKAH: Ahli Parlimen Belia Malaysia Johann Harris Sulaiman dipilih sebagai Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tellian pada mesyuarat perwakilan cawangan itu di sini.

Johann dipilih setelah mendapat 39 undi berbanding seorang lagi calon, Joslee Ramli mendapat 12 undi.

Manakala jawatan Timbalan Ketua Pemuda PBB Tellian disandang Royston Valentine mengalahka­n dua lagi calon iaitu Adler Hilary Laisak dan Aubrey Sherrod Ismail.

Ahli- ahli jawatankua­sa Pemuda Tellian terdiri daripada Boniface Kwan, Erandi Ugil, Ayub Nerani, Suhaimi Jepenih, Kamal Sirat, Duah Entingi dan Muhammad Shukeri.

Dalam pemilihan utama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo memegang jawatan Ketua Cawangan PBB Tellian manakala Timbalanny­a adalah Sulaiman Sahari setelah menang dengan 47 undi menentang dua calon lain iaitu Nawabdeen Syed Ahmed (16 undi) dan Ahmad Lato (empat undi).

Jawatan Naib Ketua Cawangan dimenangi James Pieng dengan 43 undi mengalahka­n Jay Keram (25 undi).

Ahli jawatankua­sa PBB Tellian terdiri daripada Azmi Mirad, Yunus Junaidi, Raziman Anuar, Said Junaidi, Joslee Ramli, Manuchir Smith, Jamil Osman, Junaidi @Yakub Yusuf, Albert Pendek, Peter Shahdan, Susex Luka, Baiseng Jana, Michael Umat, Sabastian Sintan, Anderson Kalong, Hamdan Pueh, Stevenson Changai, Rampai Melin dan Rosli Sahari.

Ketua Pergerakan Wanita Tellian disandang Sharifah Mardiah Tuanku Ahmad.

Pemilihan itu diadakan di Dewan Suarah Mukah dan dirasmikan Ahli Parlimen Mukah Tan Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia