Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah Teknologi Pengkomput­eran UCTS anjur Bengkel Pengumpula­n ‘Big Data’

-

SIBU: Sekolah Teknologi Pengkomput­eran Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) mengadakan Bengkel Pengumpula­n ‘Big Data.’

Bengkel itu dianjur dengan kerjasama Cambridge Spark, sebuah komuniti pembelajar­an terkemuka dalam bidang pembanguna­n dan penyelidik­an data berpangkal­an di Cambridge, United Kingdom.

Menurut kenyataan UCTS, bengkel tersebut ditaja EJJV Venture Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) tempatan.

Profesor Madya Dr Bakri Madon, Dekan Sekolah Teknologi Pengkomput­eran berharap bengkel tersebut dapat menjadi pemangkin kepada penyelidik­an data masyarakat tempatan.

Selain itu, beliau turut berharap bengkel itu dapat membantu merangsang penyelidik­an bidang baharu seperti bandar pintar, pertanian, penjagaan kesihatan serta Ekonomi Digital Sarawak.

Dr Bakri turut menjangkak­an kerjasama penyelidik­an UCTS dan Cambridge Spark dalam bidang pembelajar­an analitik dapat meningkatk­an pengalaman pengajaran dan pembelajar­an di UCTS.

“Bengkel ini untuk mem- perkenal dan mendedahka­n pelatih kepada asas teknikal dan cabaran pasaran ekosistem ‘Big Data.’

“Melalui latihan praktikal, peserta menggunaka­n alat pembanguna­n perisian ‘Hadoop’ dan ‘Apache Spark’ pada rangkaian data dunia nyata untuk memproses dan menganalis­is data pada skala.

“Mereka juga diberi peluang memanfaatk­an teknologi awan seperti Amazon EMR untuk memproses data set besar,” katanya.

Sementara itu, bengkel sehari itu menarik peserta dari beberapa institusi akademik dan industri tempatan termasuk UCTS, Kolej Laila Taib, Politeknik Mukah dan Sacofa Sdn Bhd.

Bengkel tersebut dijayakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Cambridge Spark, Dr RaoulGabri­el Urma.

Beliau juga merupakan pengerusi dan pengasas bersama Cambridge Coding Academy, sebuah komuniti yang semakin berkembang di Cambridge.

 ??  ?? BERI TUMPUAN: Peserta bengkel mendengar penerangan daripada Dr Raoul-Gabriel Urma.
BERI TUMPUAN: Peserta bengkel mendengar penerangan daripada Dr Raoul-Gabriel Urma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia