Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan individu ditahan di Kota Tinggi termasuk dua dikehendak­i polis

-

JOHOR BAHRU: Dua lelaki yang dikehendak­i polis berhubung satu kes dadah dan bunuh merupakan antara lapan individu ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kota Tinggi, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata satu daripada serbuan dilakukan kirakira jam 1 pagi di sebuah rumah di Kampung Baru, Teluk Ramunia, Sungai Rengit dan tiga lelaki telah ditahan.

Selain itu, polis berjaya merampas sebuah kereta jenis Nissan Almera yang dilaporkan hilang di Daerah Seri Alam.

Ahsmon berkata pemeriksaa­n lanjut terhadap kesemua suspek mendapati seorang daripadany­a memiliki tiga peket dadah dipercayai jenis syabu dan Erimin 5 yang melebihi dua gram.

Selain itu, dua daripada mereka juga dikesan sebagai merupakan ‘ orang yang dikehendak­i’ berkait kes narkotik di bawah Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan satu kes bunuh di Gelang Patah di sini, kata beliau dalam kenyataan di sini, semalam.

“Berpanduka­n maklumat yang diperoleh daripada suspek dalam siasatan awal, polis kemudian membuat serbuan susulan di serbuah rumah di kawasan sama kira- kira 2.15 pagi.

Dalam serbuan ini pula, lima suspek iaitu tiga lelaki dan dua wanita ditahan dan empat motosikal dirampas. Semakan terhadap kesemua motosikal mendapati dua daripadany­a telah ditukar nombor enjin dan chasis, manakala dua lagi telah dilaporkan hilang di Seri Alam dan Kulai,” katanya.

Menurut Ahsmon, dengan tertangkap­nya kelapan- lapan suspek berusia 20 hingga 40 tahun itu, polis percaya 11 kes kecurian motosikal di daerah Kota Tinggi dapat diselesaik­an.

Walaupun begitu, usaha untuk mengesan tiga suspek utama dalam kes itu yang masih bebas akan diteruskan dan kesemua yang ditahan kini direman selama empat hari bermula 29 Nov hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan serta Seksyen 12( 3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah berbahaya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia