Utusan Borneo (Sarawak)

Muzik video ‘Pematah Hati’ nyanyian Nabila Razali dapat sambutan

-

GIMIK promosi muzik video terbaharu penyanyi Nabila Razali menerusi lagu ‘Pematah Hati’ membuahkan hasil apabila ia mendapat 500,000 tontonan di Youtube hanya selepas 24 jam ia dilancarka­n.

Mengulas mengenai kejayaan itu, Nabila berkata, dia tidak menyangka penerimaan baik peminat terhadap muzik video yang turut menampilka­n pelakon Aedy Ashraf itu dan ia adalah satu kejayaan manis buat dirinya.

Malah penyanyi berusia 25 tahun ini terharu dengan komenkomen positif mengenai hasil muzik video itu yang disifatkan bertaraf antarabang­sa.

Nabila berharap angka tontonan muzik video itu akan terus meningkat dan mensasarka­n tontonan sebanyak 1 juta dalam tempoh seminggu.

Nabila turut berterima kasih kepada sokongan peminat terhadap single terbaharun­ya itu selain memberi komen positif terhadap muzik videonya itu.

Lagu ‘Pematah Hati’ adalah ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini dan Ezra Kong manakala muzik videonya adalah arahan dua pemuda berasal dari Romania yang menggelark­an diri mereka sebagai Storytellr­s.

Ia menjalani penggambar­an di beberapa lokasi di ibu negara termasuk di Blues and Bees, The Bee dan Living Space.

Selain Aedy, ia turut menampilka­n selebriti dan personalit­i Yaya Zahir, Syada Amzah, Adriana Adnan, Diana Iss dan Diana Dancea.

Selain Youtube, Pematah Hati boleh dimuat turun menerusi platform digital seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, Kkbox dan Deezer.

 ??  ?? KEJAYAAN MANIS:
KEJAYAAN MANIS:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia