Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem Geoval hasil inovasi cemerlang DBKK

-

KOTA KINABALU: Jabatan Penilaian Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ( DBKK) hasilkan inovasi Sistem Geoval yang pertama seumpamany­a di Malaysia.

Sistem berkenaan berjaya dinobatkan sebagai juara Pertanding­an Inovasi dan Rekacipta Kreatif DBKK 2017 kategori pengurusan.

Pengarah Jabatan Penilaian DBKK Lifred Wong berkata, Sistem Geoval atau ‘ Geovaluer’ adalah sistem yang mengubah proses kerja penilaian daripada manual kepada digital sepenuhnya.

Katanya, ia dapat menyelesai­kan penilaian kes dengan lebih cepat tanpa melibatkan ramai pekerja.

“Sistem ini juga dapat menyimpan lebih banyak informasi kompleks dan dikongsika­n dengan jabatan lain dalam DBKK.

“Contohnya, sebelum ini pemeriksaa­n tanah terpaksa menggunaka­n peta dan pekerja perlu mencari kawasan tanah yang terlibat serta membuat salinan.

“Dengan adanya sistem ini, semua maklumat yang diperlukan boleh diperoleh melalui teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS),” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis Sambutan Hari Inovasi DBKK 2017, di sini pada Khamis.

Majlis itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah. Turut hadir, Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai.

Lifred berkata, sistem berkenaan dihasilkan sejak 2010 dan mula digunakan secara berperingk­at pada 2014.

Walaupun sudah diguna pakai jelasnya, sistem itu masih memerlukan modifi kasi khusus terutamany­a dalam kaedah penilaian yang melibatkan olahan statistik.

Selain itu katanya, sistem itu juga mula menarik minat beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya dari Semenanjun­g. KOTA BELUD: Seorang wanita ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Tambilaung, di sini awal pagi Khamis.

Mangsa, Arimah Sagi, 55 ditemui rentung berdekatan pintu rumahnya semasa anggota bomba melakukan kerjakerja pemadaman kebakaran kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Kota Belud Rozlan Omar berkata kejadian jam 2 pagi itu memusnahka­n sebuah rumah tidak kekal berukuran 60X80 kaki persegi yang didiami tujuh anggota keluarga berumur enam hingga 74 tahun.

Katanya pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.09 pagi sebelum menggegask­an tujuh anggota BBP Kota Belud bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

Menurutnya pihaknya terpaksa mengambil masa lama iaitu kira-kira setengah jam ke lokasi berikutan keadaan laluan yang sempit dan jalan tidak berturap untuk ke lokasi sejauh 28 kilometer terbabit.

“Sebaik tiba anggota kita segera melakukan operasi pemadaman menggunaka­n sumber air dari jentera bomba.

“Api berjaya dipadam beberapa minit kemudian bagaimanap­un kita tidak dapat menyelamat­kan rumah mangsa dan kejadian turut memusnahka­n tiga motosikal yang diletakkan berhampira­n rumah terbabit,” katanya.

Rozlan berkata mangsa yang rentung dalam kejadian ini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi keseluruha­n tamat jam 4.45 pagi,” katanya.

 ??  ?? HASIL KREATIVITI: Lifred (empat kanan) bersama kakitangan Jabatan Penilaian DBKK menerima hadiah daripada Edward (empat kiri) pada majlis itu.
HASIL KREATIVITI: Lifred (empat kanan) bersama kakitangan Jabatan Penilaian DBKK menerima hadiah daripada Edward (empat kiri) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia