Utusan Borneo (Sarawak)

LAHIR LEBIH RAMAI JURULATIH BERKALIBER

Seramai 37 peserta tamat menyertai Kursus Kejurulati­han Sepak Takraw Tahap 1 2017 di Saratok

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Seramai 37 peserta menyertai Kursus Kejurulati­han Sepak Takraw Tahap 1 2017 yang diadakan di Saratok pada 25 hingga 29 November lalu.

Kursus tersebut dianjurkan oleh Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Betong (PESTAB) dan Akademi Kejurulati­han Kebangsaan Institut Sukan Negara (ISN).

Sebanyak tiga venue digunakan untuk sesi teori dan praktikal kursus itu iaitu SMK Agama Saratok, Perpustaka­an Awam Saratok dan Gelanggang LAKIS Saratok dan dikendalik­an oleh fasilitato­r dari Persatuan Sepak Takraw Malaysia ( PSM), Jamaludin Hassan dan Ghafur Mohamad.

Saratok menghantar wakil terbesar dengan seramai 15 peserta selain Limbang (empat), Miri (seorang), Bintulu (seorang), Mukah (empat), Sibu (tiga), Sarikei (empat), Sri Aman (tiga) dan Kuching (dua).

Timbalan Presiden PSS, Datuk Ismail Abang Saufi dalam ucapan penutupann­ya memuji inisiatif PESTAB menganjurk­an kursus tersebut.

“Kita amat berbangga dan berterima kasih dengan inisiatif PESTAB kerana dapat menjayakan kursus ini selama sembilan tahun. Kali terakhir diadakan di Sarawak pada 2008.

“Sarawak masih kekuran- gan jurulatih yang bertauliah, justeru penganjura­n kursus ini dilihat amat penting.

“Melalui kerjasama erat PSS dan PESTAB kita yakin dapat melahirkan lebih ramai jurulatih berkaliber dan diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Presiden PESTAB Datuk Paruwadi Musa mengucapka­n terima kasih kepada Presiden PSS, Tan Sri Datuk Seri Abang Khalid Tan Sri Datuk Amar Abang Marzuki kerana memberi penghormat­an kepada PESTAB selaku tuan rumah kursus tersebut.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n kepada SMK Agama Saratok, fasilitato­r dari PSM dan jawatankua­sa yang turut serta menjayakan program tersebut.

“PESTAB akan menganjurk­an satu lagi kursus selepas tempoh tiga bulan dari sekarang iaitu Sains Sukan Tahap 1 agar semua peserta dibolehkan mendapat sijil C.

“Sementara menunggu keputusan PESTAB akan menguji semua peserta dari Betong untuk membawa pasukan masing-masing menyertai Liga Sepak Takraw Betong yang akan diadakan tahun depan,” katanya.

Menurut Paruwadi, liga tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada peserta kursus dan pendedahan kepada pemain-pemain yang akan diketengah­kan oleh bakal- bakal jurulatih di Betong.

Sarawak masih kekurangan jurulatih yang bertauliah, justeru penganjura­n kursus ini dilihat amat penting. Datuk Ismail Abang Saufi Timbalan Presiden PSS

 ??  ??
 ??  ?? TIMBA PENGALAMAN: (Duduk dari tiga kanan) Ismail dan Paruwadi bersama peserta, fasilitato­r dan jawatankua­sa penganjur pada kursus kejurulati­han sepak takraw di Saratok.
TIMBA PENGALAMAN: (Duduk dari tiga kanan) Ismail dan Paruwadi bersama peserta, fasilitato­r dan jawatankua­sa penganjur pada kursus kejurulati­han sepak takraw di Saratok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia