Utusan Borneo (Sarawak)

1,500 sertai perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Mukah

-

MUKAH: Sekitar 1,500 peserta menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Mukah 2017 semalam.

Mereka terdiri daripada 48 pelbagai agensi, jabatan serta organisasi di sekitar Mukah.

Peserta dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu jabatan, agensi kerajaan serta sekolah (Kategori A), surau serta masjid (Kategori B) dan persatuan atau badan bukan kerajaan (Kategori C).

Bagi pertanding­an sepanduk, Kategori A dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Mukah, diikuti Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) di tempat kedua dan tempat ketiga MAjlis Daerah Dalat Mukah (MDDM).

Kategori B menyaksika­n Surau Darul Nadwah, Kampung Tutus Hilir menjadi juara untuk sepanduk diikuti Surau Darul Hijrah, Kampung Kuala Lama di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Masjid Setia Raja, Mukah.

Kategori C pula, pertanding­an sepanduk dijuarai oleh Kumpulan Rukun Tetangga ( KRT) Kampung Sungai Ragei. Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Penakub Hilir dan tempat ketiga disandang oleh Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Mukah.

Pertanding­an untuk perarakan pula untuk Kategori A dijuarai oleh SK Agama Mukah diikuti Mukah Power Generation di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Pejabat Residen Mukah.

Kategori B dimenangi oleh Surau Darul Iman, Kampung Tutus Ulu, Surau Darul Huda Kampung Kuala Lama untuk naib johan dan tempat ketiga adalah Surau Darul Hijrah Kampung Kuala Lama.

Kategori C menyaksika­n KRT Kampung Sungai Ragei menjadi johan bagi pertanding­an perarakan diikuti PEKIDA Mukah naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Mukah.

SK Agama Mukah turut memenangi kategori keseluruha­n pertanding­an.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo, Residen Mukah Awang Johari Awang Mustapha, Pegawai Daerah Mukah Shafrie Saili, Pegawai Agama Islam Mukah Nazar Hamdan dan Pengerusi Masjid Setia Raja Mukah Ali Suhaili.

 ??  ?? SAMBUTAN MERIAH: Para peserta ketika berarak mengelilin­gi Pasar Lama Mukah semalam.
SAMBUTAN MERIAH: Para peserta ketika berarak mengelilin­gi Pasar Lama Mukah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia