Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sarawak harus berdiri teguh di belakang KM: Uggah

Abang Johari tidak mudah melatah dengan tuduhan mengenai MA

- Oleh Chris Bishop

SERIAN: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak mudah melatah dengan tuduhan dilemparka­n oleh segelintir pemimpin mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah percaya kesungguha­n Abang Johari mengembali­kan hak Sarawak seperti termaktub dalam MA63 akan diteruskan sehingga matlamat itu tercapai.

“Ada segelintir pemimpin mengeluark­an maklumat mengenai MA63, maka itu kita rakyat Sarawak harus berdiri teguh di belakang Ketua Menteri.

“Kita semua bersetuju bahawa Sarawak masih berdepan dengan cabaran. Jika Sabah tidak ada masalah, itu adalah cerita Sabah.

“Bagi Sarawak, masih ada banyak perkara yang mesti diperbetul­kan, maka itu rakyat Sarawak terutamany­a Ketua Menteri tidak mudah digertak oleh tuduhan melulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Delegasi Tritahunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu( PBB) Cawangan Tebedu di Dewan Tayung Langui Kampung Pichin di sini semalam.

Dua tiga hari lalu, kata Uggah juga Pemangku Timbalan Presiden PBB, banyak kenyataan telah dikeluarka­n oleh rakyat Sarawak yang menyokong lalu berdiri teguh di belakang Ketua Menteri dalam usaha mengembali­kan hak Sarawak.

Katanya, pada mesyuarat agung PBB akan datang, rakyat Sarawak terutamany­a PBB akan mengeluark­an ketetapan ( resolusi) menyokong Ketua Menteri.

“Tidak kira apa pun cabarannya, hak mesti dikembali kepada kita. Bagaimanap­un pendirian kita mengenai Malaysia tidak berubah, iaitu Sarawak tetap akan kekal dalam Malaysia dan maju dalam Malaysia.

“Kesetiaan kita kepada Malaysia tidak perlu dipersoalk­an,” ujarnya.

Mengenai perkara lain, Uggah menasihatk­an ahli PBB untuk terus memupuk perpaduan dan mengutamak­an kebaikan parti.

Dengan mengambil con- toh penurunan kuasa Ketua Menteri dari zaman Tun Abdul Rahman Ya’kub sehingga kepada Abang Johari, semua itu sudah dijalankan dengan lancar, kata Uggah.

“Inilah sebabnya kenapa kita mengutamak­an kesejahter­aan parti dan anggota PBB sentiasa mendengar kata-kata barisan kepimpinan tertinggi,” katanya.

Beliau percaya menerusi semangat ini, PBB telah menjadi parti paling besar dalam perikatan Barisan Nasional( BN) Sarawak di mana matlamat PBB sesungguhn­ya untuk membangunj­kan rakyat dan negeri ini.

Turut menghadiri majlis ADUN Tebedu yang juga Naib Presiden PBB Dato Sri Michael Manyin, Ex-Speaker DUN Dato Sri Robert Jacob Ridu, ADUN Kedup Martin Ben dan ADUN Bukit Semuja John Ilus.

Mesyuarat itu turut dihadiri MP Serian yang uuga Timbalan Presiden SUPP Dato Sri Richard Riot dan ADUN Tasik Biru (PDP) Dato Henry Harry Jinep.

Bagi Sarawak, masih ada banyak perkara yang mesti diperbetul­kan, maka itu rakyat Sarawak terutamany­a Ketua Menteri tidak mudah digertak oleh tuduhan melulu. Datuk Amar Douglas Uggah Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? MESYUARAT: Uggah diiringi Manyin pada Mesyuarat Delegasi Tritahunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu di Dewan Tayung Langui Kampung Pichin, semalam.
MESYUARAT: Uggah diiringi Manyin pada Mesyuarat Delegasi Tritahunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu di Dewan Tayung Langui Kampung Pichin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia