Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas maut dilanggar motosikal

-

KUCHING: Seorang warga emas maut selepas dilanggar motosikal ketika berjalan kaki dalam kejadian di Jalan Tun Razak di sini semalam.

Mangsa dikenali sebagai Dayob Samui, 75, bagaimanap­un disah meninggal dunia pada jam 6 petang ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Dayob sebelum itu dilaporkan cedera parah di kepala sebelum di hantar ke hospital bagi mendapatka­n rawatan lanjut selepas kemalangan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak, DSP Bingkok John ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

Menurutnya, kejadian di- percayai berlaku berhampira­n sebuah hotel di Jalan Tun Razak pada jam 6.45 pagi apabila mangsa dipercayai dilanggar motosikal ditunggang seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.

“Mangsa disah meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada jam 6 petang akibat kecederaan parah bahagian kepala.

“Sampel darah mangsa dan penunggang motosikal diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi ujian alkohol dan dadah dalam darah,” katanya.

Mayat mangsa dari Jalan Selangan Batu itu dihantar ke rumah mayat HUS untuk bedah siasat.

Menurut Bingkok, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41( 1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? LANGGAR: Motosikal ditunggang lelaki berkenaan sebelum melanggar Dayob.
LANGGAR: Motosikal ditunggang lelaki berkenaan sebelum melanggar Dayob.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia