Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang, pembonceng motosikal cedera kemalangan

-

MIRI: Seorang penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan selepas terlibat kemalangan kendiri di Jalan Pujut-Miri di sini pagi kelmarin.

Penunggang motosikal seorang lelaki berusia 45 tahun mengalami kecederaan tercucuk di bahagian tangan kiri.

Manakala pembonceng motosikal seorang wanita dibawa ke Hospital Miri menggunaka­n ambulans sejurus selepas kejadian itu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) Kapten ( PA) Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan raya.

“Tiga anggota APM diketuai Prebet (PA) Fildatul Akmar Juli dikerahkan ke lokasi kejadian selepas Pusat Kawalan Operasi Daerah ( PKOD) menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.35 pagi.

“Anggota APM bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa lelaki dan seterusnya membawanya ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut,” katanya di sini semalam.

 ??  ?? RAWAT: Anggota APM memberi rawatan awal kepada mangsa.
RAWAT: Anggota APM memberi rawatan awal kepada mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia