Utusan Borneo (Sarawak)

PBB terus pertahan rakyat Sarawak tanpa mengira latar belakang, kaum

-

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan terus mempertaha­nkan rakyat Sarawak tanpa mengira latar belakang serta kaum.

Ketua Menteri yang juga Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, PBB sebagai sebuah parti inklusif akan mempertaha­nkan orang Sarawak sama ada Cina, Melayu, Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan sebagainya.

“Kita di PBB akan kuatkan barisan kepimpinan, kita di PBB mempunyai strategi dan kita di PBB akan mempertaha­nkan orang Sarawak tanpa mengira latar belakang sama ada Cina, Bidayuh, Melayu, Iban dan Orang Ulu.

“Kita akan terus melonjakka­n ekonomi negeri ke arah ekonomi moden dan apa yang penting kita di PBB mementingk­an bukan sahaja Bumiputera tetapi Sarawak dalam Malaysia,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan PBB Zon 1 Kuching yang bertemakan ‘PBB Pemangkin Smart Sarawak’ di Pusat Konvensyen Penview di sini, semalam.

Abang Johari berkata, kekuatan PBB yang menjadi tunjang kepada BN Negeri adalah sumbangan daripada pemimpin terdahulu yang membawa perpaduan kukuh dalam parti.

Sehubungan itu, parti akan terus memberi penghormat­an serta menghargai jasa pemimpin terdahulu termasuk bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem.

Katanya, malahan semangat jitu dalam parti itu begitu kuat sehingga melonjakka­n PBB ke tahap lebih tinggi.

“Kita bukan parti yang kebelakang tetapi melihat ke hadapan serta berusaha untuk masa depan lebih baik kepada Sarawak.

“PBB adalah landasan untuk masa depan negeri Sarawak dan pastinya kepada generasi muda parti, khasnya Pemuda sudah tiba masanya bagi mereka menumpukan strategi masa depan,” ka- tanya.

Hadir sama Menteri Kerja Raya merangkap Ketua Pemuda PBB Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar merangkap Pengerusi Pengelola Dr Abdul Rahman Junaidi dan Menteri Muda UndangUnda­ng, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek merangkap Ketua PBB Cawangan Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu, ADUN Tupong Fazzrudin Abd Rahman dan ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.

 ??  ?? SIMBOLIK: Abang Johari menekan iPad sebagai simbolik perasmian Mesyuarat Perwakilan PBB Zon 1 Kuching di PCC, sambil disaksikan Fadillah (tiga kanan), Dr Rahman (dua kiri), Hasidah (kiri), Jamilah (dua kanan) dan Fazzrudin (kanan).
SIMBOLIK: Abang Johari menekan iPad sebagai simbolik perasmian Mesyuarat Perwakilan PBB Zon 1 Kuching di PCC, sambil disaksikan Fadillah (tiga kanan), Dr Rahman (dua kiri), Hasidah (kiri), Jamilah (dua kanan) dan Fazzrudin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia