Utusan Borneo (Sarawak)

ATM akan terus laksana MOP bantu komuniti pedalaman Sarawak, Sabah

-

KUCHING: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus melaksanak­an program tanggungja­wab sosialnya menerusi Mobile Outreach Programme (MOP) bagi membantu masyarakat pedalaman Sarawak dan Sabah.

Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato Wira Mohd Zaki Mokhtar berkata pihaknya telah melaksanak­an lebih 400 MOP sejak September 2014.

“Program yang kita jalankan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan di bawah penyeliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan.

“Sejak dimulakan (September 2014) kita dah buat 400 program dan setakat ini kita dah melangkau seluruh negeri Sarawak malah mendapat kunjungan hampir 700,000 penduduk kawasan pedalaman dengan pelbagai bentuk perkhidmat­an,” ujarnya.

Mohd Zaki berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri Program Jiwa Murni ‘Juh Bersunat Berami-Rami’ di Surau Nurul Annuar Kampung Matang Lot, di sini semalam.

Hadir sama Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Mengulas lanjut, katanya, MOP masih dilaksanak­an seh- ingga sekarang malah program serupa telah diperluask­an di Sabah menggunaka­n modul yang sama.

Bercakap mengenai majlis tersebut, Mohd Zaki berkata ia melibatkan seramai 33 kanakkanak berusia sembilan hingga 12 tahun.

“Ia sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial kami selain melakukan tugas hakiki, menjaga keselamata­n serta terlibat dengan khidmat menghadapi bencana,” katanya.

Menurutnya, majlis itu merupakan lanjutan daripada MOP mereka yang pertama kali dianjurkan di Kampung Matang Lot.

Beliau berharap dengan adanya program sedemikian dapat merapatkan lagi kerjasama antara masyarakat dan ATM selain menjadikan­nya sebagai jambatan penjalin hubungan.

 ??  ?? KHATAN: Fadillah ketika bersama Mohd Zaki menyiram peserta Program ‘Juh Bersunat Rami-Rami’ di Kampung Matang Lot, Kuching semalam.
KHATAN: Fadillah ketika bersama Mohd Zaki menyiram peserta Program ‘Juh Bersunat Rami-Rami’ di Kampung Matang Lot, Kuching semalam.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Mohd Zaki ketika menyampaik­an cenderahat­i kepada Fadillah selepas menghadiri Program Jiwa Murni di Kampung Matang Lot, Kuching semalam.
PENGHARGAA­N: Mohd Zaki ketika menyampaik­an cenderahat­i kepada Fadillah selepas menghadiri Program Jiwa Murni di Kampung Matang Lot, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia