Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan konkrit baharu mudahkan laluan penduduk

-

SRI AMAN: Penduduk Kampung Temiang, Batu Lintang Undop, Sri Aman bakal memiliki sebuah jambatan konkrit baharu bagi memudahkan laluan menyeberan­gi Sungai Undop tidak lama lagi.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, jambatan yang menelan kos RM750,000 itu bakal memberi manfaat kepada beberapa rumah panjang di Kampung Temiang serta beberapa rumah panjang di kawasan Batu Lintang.

Menurutnya, kerja-kerja pembinaan jambatan berkenaan sedang giat dilaksanak­an dan dijangka akan siap sedikit masa lagi.

“Projek pembinaan jambatan itu di bawah peruntukan Rural Transforma­tion Project (RTP) bagi DUN Simanggang,” katanya ketika meninjau perkembang­an terkini projek berkenaan di Temiang Undop, Batu Lintang dekat sini kelmarin.

Harden juga ADUN Simanggang turut melahirkan perasaan gembira dengan perkembang­an projek berkenaan yang bakal memberi maanfaat kepada beberapa rumah panjang sekitar kawasan Batu Lintang ini.

“Siapnya projek ini nanti, saya percaya banyak kawasan hutan kawasan tanah seberang Sungai Undop ini dapat dibangunka­n dengan pelbagai projek pertanian oleh penduduk di sini,” katanya.

jelasnya, ini kerana dengan adanya jambatan itu penduduk setempat dapat membawa kenderaan masing-masing ke tanah seberang untuk membangun tanah bagi tujuan ekonomi,” katanya.

Turut mengiringi Harden meninjau perkembang­an projek berkenaan, Jurutera Bahagian, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman, Bujang Kanang, Penolong Pegawai Daerah Sri Aman, Hamdan Katang serta yang lain.

 ??  ?? KEMUDAHAN: Harden (10 kanan), Bujang (sembilan kanan), Hamdan (lapan kanan) serta ketuaketua masyarakat lain bergambar berlatarbe­lakangkan Jambatan Kampung Temiang Undop semasa meninjau perkembang­an projek berkenaan kelmarin.
KEMUDAHAN: Harden (10 kanan), Bujang (sembilan kanan), Hamdan (lapan kanan) serta ketuaketua masyarakat lain bergambar berlatarbe­lakangkan Jambatan Kampung Temiang Undop semasa meninjau perkembang­an projek berkenaan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia