Utusan Borneo (Sarawak)

JKR diarah siap siaga hadapi kemungkina­n banjir: Fadillah

-

KUCHING: Kementeria­nKerja Rayatelahm­engarahkan­Jabatan Kerja Raya (JKR) peringkat negeri dan daerah supaya bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkina­n banjir.

Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya jurutera JKR turut dimaklumka­n mengenai prosedur operasi standard (SOP) ketika musim banjir dengan melakukan pemantauan secara dekat di kawasan.

“Kita sudah keluarkan arahan kepada jurutera-jurutera JKR mengenai SOP supaya mereka sentiasa bersiap siaga dan pantau secara dekat serta ramalan cuaca.

“Ia bukan sahaja di negerinege­ri yang dilanda banjir ketika ini tetapi semua negeri yang berpotensi banjir berdasarka­n sejarah sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program ‘Juh Bersunat Rami-Rami’ di Surau Nurul Annuar, Kampung Matang Lot di sini semalam.

Dalam perkembang­an sama, Fadillah mendedahka­n kementeria­n telah mewujudkan Bilik Bencana yang memantau situasi semasa dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Di samping itu, katanya, kementeria­n turut melantik syarikat di peringkat kerajaan untuk memberi tumpuan ke- pada kawasan cerun agar dapat diperbaiki dan menyelesai­kan masalah berisiko tinggi.

Ditanya soal kerugian akibat banjir di kawasan Pantai Timur, Fadillah menjelaska­n jumlah itu belum dapat dipastikan sehingga isu tersebut selesai.

“Banjir di Kelantan dan Terengganu masih berlaku, kita belum dapat anggarkan jumlah kerugian sehingga selesai masalah ini tetapi kita sentiasa bersiap siaga bersama jawatankua­sa di bawah naungan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku peneraju utama,” katanya.

Tambahnya, ia termasuk menyediaka­n maklumat tentang jalan yang tidak boleh dilalui dan jalan alternatif.

Sementara itu, Fadillah turut menyaksika­n majlis berkhatan melibatkan 33 kanak-kanak yang dianjurkan menerusi Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia yang turut dihadiriPa­nglimaMeda­nTimur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato Wira Mohd Zaki Mokhtar.

“Kita berterima kasih kepada anggota tentera kerana telah menyediaka­n kemudahan malah dengan bantuan termasuk pegawai perubatan untuk mengadakan program berkhatan serta membuat pemeriksaa­n gigi dan kesihatan,” katanya.

 ??  ?? BERTEMU RAKYAT: Tiong (lima kiri) mengetuai ahli-ahli UPP Dudong melaungkan slogan ‘Hidup UPP!’.
BERTEMU RAKYAT: Tiong (lima kiri) mengetuai ahli-ahli UPP Dudong melaungkan slogan ‘Hidup UPP!’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia