Utusan Borneo (Sarawak)

UPP punyai hubungan baik dengan kerajaan negeri dan persekutua­n

-

SIBU: Parti Rakyat Bersatu (UPP) sebagai sebuah parti pro Barisan Nasional (BN), mempunyai hubungan baik dan erat bukan sahaja dengan kerajaan negeri bahkan dengan kerajaan persekutua­n.

Pengerusi UPP Dudong Datuk Tiong Thai King berkata, ini jelas terbukti apabila semua wakil rakyat UPP diundang untuk bersemuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap UPP sebagai keluarga BN.

“Wakil rakyat UPP juga sama-sama diberi peruntukan geran projek kecil luar bandar (MRP) demi kepentinga­n pen- duduk di kawasan masingmasi­ng,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong.

Tiong berkata demikian ketika berucap pada Program ‘Outreach’ UPP Dudong di Pusat Khidmat UPP Sibu Jaya, semalam. Program ini dianjurkan oleh Jawatankua­sa Bumiputera UPP Dudong.

Hadir sama ialah Ketua Wanita UPP Dudong Connie Loh, pengerusi penganjur majlis Sobri Sandom, calon berpotensi UPP untuk Parlimen Lanang, Andrew Ting serta yang lain.

Menurut Tiong, hubungan baik sedemikian telah membolehka­n pelbagai program dan projek pembanguna­n kerajaan dilaksanak­an untuk manfaat rakyat termasuk di Sibu Jaya.

Walaupun hanya berusia tiga tahun, katanya, UPP telah mendapat sokongan padu daripada rakyat dan ini jelas terbukti semasa pilihan raya negeri lepas apabila lima calon UPP berjaya memenangi kerusi yang ditandingi.

“Setakat ini UPP telah berjaya menjadi satu platform politik yang matang, sihat dan diterima oleh rakyat. Saya gembira dengan perkembang­an positif dan dinamik yang telah pun dikecapi oleh UPP sejak tiga tahun lepas.

“Kita semua sedia maklum dunia kini tanpa sempadan dengan aliran globalisas­i yang semakin pesat. Namun UPP akan terusmengi­kutperedar­anzaman secara relevan dan mendukung cita-cita bangsa dan negara un- tuk kepentinga­n rakyat.

“UPP akan berusaha memastikan program dan projek khasnya di kawasan luar bandar dengan satu matlamat untuk membawa rakyat menikmati agenda pembanguna­n semasa,” jelas Tiong.

Menyentuh mengenai Program ‘Outreach’ UPP Dudong, Tiong berkata program memberi peluang kepada rakyat untuk berinterak­si dengan ahliahli UPP.

Pada masa sama, katanya, orang ramai yang hadir juga boleh mengemukak­an cadangan, pendapat dan masalah.

“Diharap program ‘outreach’ ini dapat membawa persepakat­an untuk membantu menyelesai­kan masalah secara kolektif,” ujar beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia