Utusan Borneo (Sarawak)

Pandikar ditegur jangan ajar KM, rakyat tentang hak Sarawak

-

LIMBANG: Kenyataaan yang dikeluarka­n Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Mulia dianggap melampau dan menguris hati rakyat Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lambir Ripin Lamat berkata Pandikar tidak perlu mengajar Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan rakyat Sarawak mengurus hak rakyat seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia ( MA63).

“Pendirian Pemuda PBB jelas menyokong kenyataan dikeluar Ketua Pemuda Negeri Datuk Seri Fadilah Yusof berhubung perkara itu.

“Bagi kita sikap Pandikar agak melampau dan tidak perlu mengajar Ketua Menteri dan orang Sarawak macam mana menguruska­n mengenai hak rakyat seperti termaktub dalam MA63,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Bukit Kota Limbang di Dewan Bunga Raya di sini semalam.

Turut sama ialah Ketua Pemuda PBB Bukit Kota Kaunselor Sufian Mohat dan ahli jawatankua­sa Pergerakan Pemuda PBB Bukit Kota.

Ripin berkata lagi Pemuda PBB Bukit Kota juga sudah menggerak jentera disetiap ranting, kampung dan rumah panjang untuk mengesan mereka yang belum mendaftar.

Beliau berkata program turun padang untuk menjejaki pengundi baharu dilaksanak­an sama ada melalui program atau gerakan akar umbi.

Mengulas mengenai proses pemilihan jawatankua­sa baharu Pergerakan Pemuda PBB untuk bahagian Limbang katanya ia berjalan dengan lancar.

“Pergerakan Pemuda kini mempunyai kesedaran tinggi mengenai peranan mereka di dalam perjuangan parti

“Kita boleh lihat terdapat pertanding­an bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda di Lawas pada proses pemilihan kali ini.

“Ini menunjukka­n kesinambun­gan kepimpinan menunjukka­n keceemrlan­gan dan di peringkat ahli jawatankua­sa,”katanya lagi.

Pada masa ini PBB Bukit Kota mempunyai seramai 6,629 ahli dan Pemuda PBB Bukit Kota merekodkan seramai 51 ahli baharu.

 ??  ?? BERSATU: (Dari kiri) Dr Hazland, Hasidah, Dr Rahman, Abang Johari, Fadillah, Jamilah, Fazzrudin serta pemimpin PBB lain mengangkat tangan sebagai tanda bersatu pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan PBB Zon 1 Kuching, semalam.
BERSATU: (Dari kiri) Dr Hazland, Hasidah, Dr Rahman, Abang Johari, Fadillah, Jamilah, Fazzrudin serta pemimpin PBB lain mengangkat tangan sebagai tanda bersatu pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan PBB Zon 1 Kuching, semalam.
 ??  ?? HIDUP PEMUDA!: Sufian (depan sembilan kiri) Ripin bersama Pemuda Bukit Kota pada Mesyuarat Perwakilan semalam.
HIDUP PEMUDA!: Sufian (depan sembilan kiri) Ripin bersama Pemuda Bukit Kota pada Mesyuarat Perwakilan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia