Utusan Borneo (Sarawak)

Perjuang hak Sarawak lebih penting berbanding isu debat

-

MIRI: Memperjuan­g hak rakyat Sarawak semakin terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menjadi isu utama berbanding debat untuk membuktika­n siapa benar.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Pujut, Bruce Chai berkata, kepentinga­n isi kandungan perjanjian itu dalam pembentuka­n negara ini tidak sepatut dipersoal sama sekali oleh mana-mana pihak.

“Tiada apa perlu diperdebat. Apa perlu kita debatkan ialah terhakisny­a hak kita bawah perjanjian bukan isu kepentinga­n dan signifikan perjanjian yang tidak harus diragui,” katanya.

Menurut Bruce, hak rakyat Sarawak seperti dijanji perlu terus dipertahan dan diperjuang semua rakyat tanpa mengira pendirian politik dan latar belakang.

“Jangan persoal kepentinga­n perjanjian ini kepada rakyat Sarawak. Kita mahu hak kita dikembalik­an,” tegas Bruce.

Justeru, UPP Pujut membantah sepenuhnya tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia mencabar Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk berdebat tentang MA63.

Bruce berkata, melainkan Malaysia telah bertukar menjadi sebuah negara lain, MA63 harus dihormati oleh semua rakyat termasuk pemimpin.

“Ini kerana MA63 merupakan dokumen penting dan diiktiraf dalam pembentuka­n Malaysia. Ia penting selagi Malaysia adalah sebuah negara,”jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia