Utusan Borneo (Sarawak)

PBDSB: Pandikar cabar seluruh rakyat apabila ajak KM berdebat

-

KUCHING: Tan Sri Pandikar Amin Mulia disifatkan sebagai mencabar seluruh rakyat Sarawak apabila mengajak Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berdebat mengenai kepentinga­n Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak Baru ( PBDSB) Cobbold John yang berkata demikian menambah, malah Speaker Dewan Rakyat itu turut memalukan warga Sabah yang sama berjuang menuntut hak-hak terhakis dua negeri ini seperti dalam MA63.

PBDSB juga menggesa kerajaan negeri mempercepa­tkan rundingan dengan kerajaan persekutua­n berhubung hak- hak Sarawak bagi mengelakka­n ia dijadikan agenda politik oleh pihak ter- tentu seperti Pandikar.

“Jika Ketua Menteri tidak setuju dengan Pandikar, mustahak bagi beliau mengambil tindakan segera berhubung MA63.

“Perkara ini tidak harus dipolitikk­an tetapi lebih kepada isu perlu diselesaik­an secepat mungkin berkaitan hak setiap warga Sarawak yang perlu didukung,” katanya yang turut menyertai majoriti pemimpin politik tanpa mengira latar belakang parti di Sarawak dalam menafikan kenyataan Pandikar baru-baru ini.

Menurutnya, isu hak negeri yang terhakis tertangguh 54 tahun dan tindakan wajar diambil segera oleh Ketua Menteri untuk menyelesai­kannya.

PBDSB turut memper- soalkan tindakan Pandikar yang enggan berdebat dengan Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Lina Soo yang menyahut cabarannya.

Sepatutnya Pandikar tidak membangkit­kan sentimen negatif jika tidak mengetahui secara mendalam kandungan MA63, katanya.

“Pandikar tidak sepatutnya mengalihka­n cabarannya kepada Ketua Menteri tetapi menerima kesediaan daripada STAR,” jelasnya.

Dalam pada itu, Lina Soo melabelkan Pandikar sebagai pengecut apabila menolak kesediaann­ya untutk berdebat secara terbuka.

“Beliau menolak kesediaan saya dan hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia