Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli PBB Zon 1 Kuching diseru terlibat inisiatif ekonomi digital

-

KUCHING: Semua ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) khasnya dari Zon 1 Kuching diseru bersama menghayati serta mengambil bahagian dalam insiatif ekonomi digital.

Ahli Majlis Tertinggi PBB Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, dasar ke arah ekonomi digital oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg amat disambut baik khasnya oleh ahli PBB.

“Kita amat bangga dan berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang juga presiden parti, melalui dasar ekonomi digital untuk kepentinga­n rakyat Sarawak.

“Sejak pelantikan beliau, kita telah menyaksika­n pelbagai bentuk inisiatif yang telah diumumkan di mana kita berharap para ahli parti bersama menghayati serta menjadi sebahagian daripada ekonomi digital,” kata Menteri Muda Elektrik Luar Bandar itu.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan PBB Zon 1 Kuching bertemakan ‘PBB Pemangkin Smart Sarawak’ yang dirasmikan Abang Johari di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini, semalam.

Dr Rahman yang juga Pengerusi Pengelola berkata, ahli PBB sebagai penyokong kuat Barisan Nasional (BN) serta menjadi tulang belakang BN, berjanji akan berdiri teguh di belakang Ketua Menteri dalam apa jua perjuangan.

“Selain berkenaan ekonomi digital, Ketua Menteri juga telah berjaya melaksanak­an beberapa inisiatif termasuk penubuhan Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS), Petros serta perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Melalui pendekatan ekonomi digital serta inisiatif lain ia akan membawa Sarawak terus membangun,” katanya.

Berhubung Mesyuarat Perwakilan Zon 1 Kuching, beliau memberitah­u sehingga kini PBB Cawangan Tupong dan PBB Cawangan Demak Laut telah mengadakan mesyuarat perwakilan mereka dengan lancar.

Katanya, melalui mesyuarat yang diadakan diharap ia dapat melahirkan kepimpinan mantap serta menggemble­ng tenaga bagi memperkasa­kan kekuatan PBB pada masa akan datang.

Majlis berkenaan dihadiri lebih 2,000 pemimpin akar umbi PBB dari Zon Kuching 1 yang terdiri daripada lapan cawangan PBB iaitu Opar, Tasik Biru, Tanjung Datu, Pantai Damai, Demak Laut, Tupong, Samariang dan Satok.

Hadir sama Menteri Kerja Raya merangkap Ketua Pemuda PBB Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek merangkap Ketua PBB Cawangan Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu, ADUN Tupong Fazzrudin Abd Rahman dan ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni. KUCHING: Gerakan Sarawak for Sarawakian­s (S4S) menyokong kerajaan negeri dan parti pembangkan­g tempatan untuk berdebat dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sebagai tanda sokongan, S4S berhimpun secara aman di dataran Jambatan Darul Hana, Tebingan Kuching di sini semalam menuntut isu itu dibahaskan demi mempertaha­nkan hak- hak rakyat Sarawak dan Sabah.

Jurucakap S4S, Chan Chee Hiong yang ditemui di lokasi perhimpuna­n semalam berkata, kenyataan Pandikar tersebut sama seperti merosakkan Persekutua­n Tanah Melayu dan dalam kegawatan ekonomi semasa, ia akan memburukka­n lagi keadaan.

“Sarawak adalah rakan setaraf dalam Perjanjian Malaysia dan kita perlu mengambil tindakan lebih untuk melindungi Sarawak dan Sabah.

“Justeru sebagai rakyat Sarawak, kami berdiri di sini sebagai menyokong parti pemerintah dan parti pembangkan­g tempatan untuk membahaska­n isu ini dengan Pandikar,” katanya.

Menurutnya lagi, teori Pandikar yang mempertika­ikan MA63 disifatkan sebagai menghina perjanjian tersebut dan tidak menghormat­i rakyat Sarawak dan Sabah.

“MA63 adalah satu per- janjian antarabang­sa yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) dan ditandatan­gani oleh lima pihak Sarawak, Sabah, Singapura, Tanah Melayu dan United Kingdom.

“Pandikar adalah salah seorang anggota PBB (Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu) dan kenyataan serta tindakan beliau tersebut adalah memalukan dan serius serta menimbulka­n kemarahan seluruh rakyat Sarawak,” ujar Chan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia