Utusan Borneo (Sarawak)

SK Abang Ali dinobat johan keseluruha­n perarakan Maulidur Rasul Bahagian Sibu

-

SIBU: Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Ali dinobat johan keseluruha­n Perhimpuna­n dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sibu 2017 di Dataran Sibu Fasa Satu di sini, malam kelmarin.

Sebelum diumum sebagai johan keseluruha­n, SK Abang Ali turut dinobat kontinjen teramai bagi kategori A (institut pengajian tinggi/pusat kemahiran/sekolah menengah dan sekolah kebangsaan).

Selain itu, mereka juga turut merangkul tempat kedua dalam pertanding­an perarakan dan sepanduk sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sibu 2017 untuk kategori yang sama.

Manakala, tempat pertama dan ketiga masing-masing dimenangi oleh SK Sentosa dan SMK Agama Sibu.

Kategori B (badan beru- niform) C (jabatan /agensi kerajaan/badan berkanun), D (masjid /surau) dan E (persatuan/ kelab/ pertubuhan) F ( firma swasta / syarikat /institusi kewangan) masingmasi­ng dimenangi oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Sibu, Masjid Darul Amilin, Urusetia Saudara Kita Sibu dan Sarawak Forestry Corporatio­n.

Manakala johan Kontinjen Kategori B, D, E dan F masing-masing dimenangi Markas 9 Briged Sibu, Majlis Perbandara­n Sibu, Surau Darul Ma’wa, PERKIM Cawangan Sibu dan Kumpulan Sanyan.

Sementara itu, kira- kira 4,000 peserta daripada 58 kontinjen seluruh bahagian Sibu menyertai Perhimpuna­n dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sibu 2017.

Perarakan sejauh 2.1km bermula dari Masjid An- Nur ke Jalan Awang Ramli Amit, Kampung Nyabor, Jalan Sanyan, Jalan Pulau, Jalan Bujang Suntong dan Dataran Bandar Sibu Fasa 1.

Tahun ini merupakan pertama kali perarakan diadakan pada sebelah malam dan menerima sambutan hangat daripada kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee yang mengetuai perarakan turut menyempurn­akan majlis penyampaia­n hadiah kepada para pemenang.

Turut serta dalam perarakan itu ialah Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee dan Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Annuar (tiga dari kanan) menyampaik­an piala johan keseluruha­n Perhimpuna­n dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sibu 2017 kepada Guru Besar SK Abang Ali Hamdi Najdi.
TAHNIAH: Dr Annuar (tiga dari kanan) menyampaik­an piala johan keseluruha­n Perhimpuna­n dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sibu 2017 kepada Guru Besar SK Abang Ali Hamdi Najdi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia