Utusan Borneo (Sarawak)

Persidanga­n guru besar seluruh negeri sudah bermula minggu lalu

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Kepimpinan guru besar memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dan prestasi sesebuah sekolah, kata Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee.

Katanya, ini berdasarka­n kajian dilakukan berhubung aspek kepimpinan di sekolah.

“Kepimpinan guru besar di sekolah memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dan prestasi sesebuah sekolah.

“Justeru, Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi akan menganjurk­an persidanga­n dan seminar kepada guru besar di negeri ini,” jelasnya.

Dr Annuar bekata, persidanga­n berlangsun­g selama tiga hari telah dimulakan pada minggu lepas untuk guru besar di Miri, Bintulu, Limbang dan Lawas.

“Persidanga­n ini akan diteruskan di Sibu pada Februari tahun depan dan Kuching,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka.

Di samping itu, ujarnya, pembanguna­n profesiona­l dalam kalangan guru-guru pendekatan berbeza juga penting untuk meningkatk­an prestasi sekolah.

Dr Annuar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Prorgram Berkhatan Perdana dan

Justeru, Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi akan menganjurk­an persidanga­n dan seminar kepada guru besar di negeri ini. Dr Annuar Rapa’ee Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

Khatam Al Quran di Masjid An-Nur, semalam.

Seramai 50 peserta mengambil bahagian dalam program tahunan berkhatan pada musim cuti sekolah.

Program anjuran Pusat Khidmat DUN Nangka, Masjid An-Nur, Persatuan Kebajikan Islam Perubatan (PERKIP) Cawangan Sibu dan Kesatuan Pembantu Perubatan Sarawak Cawangan Sibu.

Dalam ucapannya, Dr Annuar menggesa ibu bapa sentiasa memantau pergerakan anak sepanjang cuti sekolah.

“Sebagai ibu bapa, kita harus memberi perhatian kepada anak-anak terutama pada musim cuti sekolah agar mereka tidak mudah terjebak dengan gejala sosial,” katanya.

Jelasnya, ini dapat dilakukan dengan menghantar anak ke program akademi al-Quran di Masjid An-Nur dan sekolah-sekolah.

 ??  ?? ADAT: Dr Annuar melakukan simbolik merenjis kepada peserta Program Berkhatan Perdana di Masjid An-Nur, semalam.
ADAT: Dr Annuar melakukan simbolik merenjis kepada peserta Program Berkhatan Perdana di Masjid An-Nur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia