Utusan Borneo (Sarawak)

Impian penduduk Kpg Bukit Jagus miliki balai raya bakal terlaksana

-

MIRI: Penantian bertahunta­hun mendiri balai raya Kampung Bukit Jagus Lambir di sini bakal terlaksana apabila dana dikumpul penduduk akhirnya mencukupi untuk pelaksanaa­n projek berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) Kampung Bukit Jagus Lambir Ngau Tiri Uloi berkata barubaru ini penduduk kampung berkerjasa­ma mengadakan gotong- rotong membersihk­an tapak pembinaan balai raya tersebut.

“Saya bersyukur dana melalui penduduk kampung sendiri telah mencukupi untuk kita mula membina balai raya demi kepentinga­n dan aktiviti kampung.

“Aktiviti gotong- royong kami adakan ini bertujuan mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara penduduk dan merupakan salah satu aktiviti kampung,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Borneo.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan atas kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik diterima sejak 2005 dan kampung ini terus mendapat perhatian kerajaan negeri.

“Wakil rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat dan Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang banyak membantu dalam memberi keperluan asas dan bertanggun­gjawab dalam semua permohonan penduduk kampung ini.

“Saya turut memohon agar wakil rakyat mempercepa­tkan naik taraf jalan dalam kawasan kampung dan menyediaka­n bekalan air dan elektrik untuk penduduk baharu,” katanya.

Kampung Bukit Jagus yang ditubuhkan pada tahun 1980 kini mempunyai penduduk kira-kira 500 orang terdiri dari bangsa Melayu, Cina, Iban, Kayan, Kenyah dan India.

 ??  ?? GOTONG-ROYONG: Penduduk kampung bersama-sama membersihk­an tapak pembinaan balai raya Kampung Bukit Jagus.
GOTONG-ROYONG: Penduduk kampung bersama-sama membersihk­an tapak pembinaan balai raya Kampung Bukit Jagus.
 ??  ?? STANLEY
STANLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia