Utusan Borneo (Sarawak)

BYSF berupaya menjadi produk pelanconga­n baharu di Sibu

-

SIBU: Festival Sape Belia Borneo (BYSF) di Kampung Budaya 1Malaysia (bertentang­an Taman Jubli Bukit Aup) di sini semalam berupaya menjadi produk pelanconga­n baharu di Sibu.

BYSF pertama kali dianjurkan itu merupakan anjuran Pertubuhan Belia Dayak Sarawak (PEBEDAS) dengan kerjasama Kelab Sape Dayak Sibu (KSDS).

Presiden PEBEDAS, Alexander Frederick Diglin berkata festival itu bertujuan menyokong acara Tahun Melawat Sibu 2017 (TMS 2017) yang dianjurkan oleh Majlis Perbandara­n Sibu (MPS).

“Kini, masyarakat mula meminati muzik sape dan tujuan kami (menganjurk­an BYSF) adalah mengangkat martabat sape sebagai salah satu alat muzik tradisiona­l Borneo yang menyeronok­kan dan boleh diterima ramai.

“Oleh itu, saya yakin BYSF boleh jadi salah satu produk pelanconga­n baharu di Sibu untuk menarik kehadiran pelancong dari luar kawasan Sibu,” katanya ditemui pada festival itu semalam.

Menurut Alexander, BYSF dianjurkan sempena ulang tahun kelima penubuhan PEBEDAS yang didaftarka­n di bawah Pendaftar Belia.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada Pasukan Rancangan Sibu 1.0 ( RS1) dari Parti Rakyat Bersatu (UPP) diketuai oleh Datuk Andrew Wong yang menghulurk­an sumbangan RM30,000 sebagai tanda sokongan kepada penganjura­n festival itu.

Dengan sumbangan itu, penganjur memberi 625 keping tiket masuk bagi menyaksika­n BYSF kepada RS1 secara percuma.

“Terima kasih kepada KSDS dan sukarelawa­n pelajar dari UCTS (Universiti Kolej Teknologi Sarawak) yang turut sama berganding bahu menjayakan festival kali ini,” katanya.

Justeru, beliau berharap lebih banyak pihak tampil memberi sokongan termasuk kerajaan khususnya Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan agar penganjura­n BYSF pada masa depan lebih berjaya.

Sementara itu, Ketua Masyarakat Iban Bahagian Sibu Temenggung Stanley Geramong Bandang beranggapa­n penganjura­n BYSF boleh menjadi landasan memperkena­l dan mempersemb­ah keunikan muzik sape kepada dunia luar.

Sehubungan itu, beliau mencadangk­an supaya dimasukkan ke dalam Kalendar Pelanconga­n Negeri.

“Langkah penting ini harus diambil oleh penganjur kerana sape berpotensi menjadi daya tarikan pelancong.

“Oleh itu, saya harap penganjura­n pada masa akan datang dapat diperluas dan diperbesar­kan,” katanya.

Turut bersetuju dengan Stanley ialah Pemanca James Semilan yang menyifatka­n BYSF tepat pada masanya kerana sape semakin berkembang.

 ??  ?? MEMUKAU: Petikan sape memukau daripada salah seorang artis sape.
MEMUKAU: Petikan sape memukau daripada salah seorang artis sape.
 ??  ?? JAMES
JAMES
 ??  ?? ALEXANDER
ALEXANDER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia