Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat pemaju dan kontraktor diamanah laksana projek kerajaan digesa jalan tanggungja­wab sebaik-baiknya: Fadillah

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Sikap sambil lewa syarikat pemaju dan kontraktor dalam melaksanak­an projek terutamany­a melibatkan kemudahan asas boleh memberi pandangan negatif rakyat terhadap kerajaan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, untuk itu syarikat pemaju dan kontraktor yang telah diamanah melaksanak­an projek kerajaan digesa untuk menjalanka­n tanggungja­wab tersebut sebaik-baiknya.

Malah, tegasnya, sikap sambil lewa kontraktor yang menyebabka­n kelewatan pelaksanaa­n projek amat merugikan kerajaan dan rakyat khasnya.

“Kita sememangny­a sentiasa memantau secara dekat apabila kontrak dianugerah­kan kepada mana-mana syarikat pemaju atau kontraktor.

“Dan, memang menjadi harapan kerajaan malahan harapan rakyat itu sendiri ingin melihat projek tersebut dapat dibina mengikut kualiti, harga dan masa yang telah ditetapkan kerana apa-apa kelewatan bukan sahaja akan merugikan kontraktor dan kerajaan, tetapi lebih merugikan rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid di Masjid Darul Husni Warrahmah, Taman Hussien/Rahmat di sini, malam kelmarin.

Fadillah berkata, lebih- lebih lagi projek melibatkan kemudahan asas rakyat seperti hospital dan sekolah, sekiranya projek tersebut mengalami kelewatan disebabkan sikap sambil lewa itu, maka ia amat memberi kesan kepada rakyat yang memerlukan.

“Sebab itu, kita menghara- pkan supaya mereka yang telah dianugerah­kan kontrak agar dapat memastikan projek infra rakyat ini dapat dibina mengikut ketetapan yang dijanjikan,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau bersetuju dengan pandangan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein yang menegaskan beliau tidak akan berkomprom­i dalam isu tersebut dan menyenarai­hitamkan syarikat dan kontraktor yang gagal melaksanak­an projek mengikut ketetapan yang dijanjikan.

Mengulas lanjut tentang Projek Pembinaan Poliklinik Angkatan Tentera Malaysia di Kem Penrissen yang menelan kos kira-kira RM31 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada 2019, Fadilah menjelaska­n, projek itu dijangka akan bermula Disember tahun ini atau Januari tahun hadapan.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau menasihati agar rakyat di negeri ini mempersiap­kan diri dengan ilmu dan pengetahua­n baharu selari dengan Revolusi Industri 4.0.

“Langkah yang diambil Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg amat bertepatan dengan melaksanak­an ekonomi digital dalam kita menempuh Revolusi Industri 4.0 ini,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Masjid Darul Husni Warrahmah Hamdan Sharbini.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Fadillah merakam kenangan bersama para jemaah pada program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid di Masjid Darul Husni Warrahmah, Taman Hussien/Rahmat malam kelmarin.
UNTUK ALBUM: Fadillah merakam kenangan bersama para jemaah pada program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Masjid di Masjid Darul Husni Warrahmah, Taman Hussien/Rahmat malam kelmarin.
 ??  ?? RASMI: Nancy menandatan­gani plak sebagai simbol perasmian Majlis Pecah Tanah Tapak Masjid Kampung Pisang di Simunjan, baru-baru ini. Turut kelihatan, Awla.
RASMI: Nancy menandatan­gani plak sebagai simbol perasmian Majlis Pecah Tanah Tapak Masjid Kampung Pisang di Simunjan, baru-baru ini. Turut kelihatan, Awla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia