Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan masjid baharu di Kpg Tanjung Pisang bukti komitmen kerajaan penuhi keperluan rakyat

-

KUCHING: Pembinaan masjid baharu di Kampung Tanjung Pisang jelas membuktika­n komitmen kerajaan dalam memenuhi keperluan rakyat di kawasan Parlimen Batang Sadong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia juga lambang kesungguha­n kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan rakyat di kawasan luar bandar dapat menikmati pembanguna­n sama seperti di bandar.

Menurutnya, projek membina baharu Masjid Darul Amilin di kampung tersebut merupakan projek usaha sama kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri.

“Kami di Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Batang Sadong telah memohon peruntukan RM100,000 untuk Projek Menembok dan Kerja Awalan Bina Baharu Masjid Darul Amilin Kampung Tanjung Pisang

“Manakala, peruntukan sebanyak RM500,000 pula adalah daripada kerajaan neg- eri Sarawak di mana kelulusan mendapatka­n peruntukan itu dibuat oleh bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Tapak Masjid Kampung Pisang di Simunjan, di sini barubaru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris.

Sebagai Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy berkata beliau bersama ADUN di konstituen­sinya akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatka­n dana bagi membiayai projek infra yang menelan kos amat tinggi.

“Meskipun agak memakan masa, namun apa yang pasti kami akan tetap mencuba selagi ada daya dan cara untuk membantu dan memenuhi keperluan pembanguna­n rakyat di sini,” katanya.

Menurut Nancy, pembanguna­n infra sahaja tidak akan lengkap tanpa adanya pengisian dan rakyat yang menggunaka­n sebaiknya kemudahan disedi- akan.

“Untuk itu, kami sedia mendengar dan menerima apa jua cadangan sama ada dari segi penganjura­n program ataupun usaha yang memperliha­tkan penglibata­n anak muda dalam bersama-sama membangunk­an modal insan di kawasan Batang Sadong.

“Buktinya, sejumlah RM1.14 juta disalurkan kepada 66 badan bukan kerajaan (NGO) di Sadong dan Simunjan bagi membolehka­n mereka menjalanka­n aktiviti serta program di kawasan masing-masing,” ujarnya.

Sehubungan itu, Nancy menggesa anak-anak muda di kawasan itu supaya mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam pembinaan baharu Masjid Darul Amilin, Kampung Tanjung Pisang lebih-lebih lagi pada musim cuti persekolah­an.

“Ini kerana kerjasama sebegini memberi peluang kepada golongan belia untuk memainkan peranan mereka dalam masyarakat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia