Utusan Borneo (Sarawak)

MDS disaran sedia dana naik taraf kemudahan di Taman Tasik Sarikei

-

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii mahu Majlis Daerah Sarikei (MDS) memperuntu­kkan dana bagi menaik taraf kemudahan di Taman Tasik Sarikei.

Menurut beliau, naik taraf itu harus melibatkan kerja-kerja memperbaik­i dan mengetar jalan-jalan di taman, mengecat dan meningkatk­an banyak lagi kemudahan lain.

“Hasil pemantauan di lokasi ini, kita mendapati beberapa kemudahan sudah uzur dan memerlukan tindakan segera untuk dinaik taraf.

“Taman Tasik Sarikei adalah salah satu lokasi tumpuan masyarakat untuk beriadah, terutama pada waktu petang dan hujung minggu.

“Maka, kita berpendapa­t amat penting lokasi ini dinaik taraf demi keselesaan para pengunjung,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke taman tersebut, semalam.

Turut hadir Pengerusi MDS Wong Zee Yeng dan Pengurus Dewan Suarah Sarikei Andrew Wong.

Menurut Huang, selain naik taraf, kemudahan awam di taman tersebut juga harus dijaga dengan baik.

“Kita menyokong dan akan bekerjasam­a dengan PBT untuk mengambil langkah memastikan setiap kemudahan di kawasan ini sentiasa terjaga demi keselesaan semua pihak.

“Pada masa ini, beberapa kemudahan dan infrastruk­tur awam di bandar Sarikei sudah dinaik taraf, malah tidak kurang pula yang sedang dinaik taraf.

“Ini membuktika­n kerajaan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmat­an terbaik kepada rakyat,” kata Huang.

 ??  ?? PANTAU: Huang bersama pihak MDS mengadakan lawatan kerja dan tinjauan ke Taman Tasik Sarikei, semalam.
PANTAU: Huang bersama pihak MDS mengadakan lawatan kerja dan tinjauan ke Taman Tasik Sarikei, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia