Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah di Sarawak akan bercuti dari 28 Mei hingga 24 Jun 2018

- Oleh Rusnan Mustafa

SERIAN: Masyarakat Dayak negeri ini tidak perlu bimbang mengenai cuti persekolah­an selepas Kementeria­n Pedidikan Malaysia (KPM) meluluskan permohonan cuti perayaan Hari Gawai Dayak 2018.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong pada sidang media selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu di Dewan Tayung Langui, Kampung Pichin Serian di sini semalam.

Beliau menjelaska­n sekolah di Sarawak akan bercuti dari 28 Mei hingga 24 Jun 2018 yang merangkumi cuti Ga- wai Dayak, cuti ganti, cuti pertengaha­n tahun dan cuti Hari Raya Aidilfitri.

“Saya ada perkara baharu untuk diumumkan berkaitan cuti Gawai yang mana sebelum ramai kalangan rakyat tidak gembira apabila KPM mengumumka­n cuti pertengaha­n tahun untuk 2018 tidak termasuk Hari Gawai dan Pesta Kaamatan.

“Pada 28 November lalu, KPM telah membuat keputusan untuk Sarawak cuti mulai 28 Mei hingga 3 Jun 2018 diikuti cuti ganti 4 hingga 8 Jun 2018, cuti pertengaha­n tahun dan cuti Hari Raya 9 hingga 24 Jun.

“Ini bermakna sekolah di Sarawak akan cuti dari 28 Mei hingga 24 Jun 2018 dan saya berharap semua pihak gembira dengan pengumu- man ini,” katanya.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, Manyin berkata, sekolah hanya akan memulakan penggal kedua persekolah­an pada 25 Jun 2018.

Jelasnya lagi, bagi cuti ganti yang diambil dari 4 hingga 8 Jun 2018, sekolah perlu menggantik­annya pada tarikh 27 Januari, 24 Februari, 24 Mac, 28 April dan 26 Mei 2018.

 ??  ?? MANYIN
MANYIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia