Utusan Borneo (Sarawak)

Komuniti BRS perlu pragmatik ceburi bidang perniagaan: Lo

-

KUCHING: Masyarakat Bidayuh di Skim Penempatan Semula Empangan Bengoh (BRS) digalak mengambil inisiatif pragmatik untuk menceburi bidang perniagaan.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP), Lo Khere Chiang berkata penduduk di situ boleh menceburi bidang perniagaan ekopelanco­ngan, perkhidmat­an serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sebagai menjana sumber pendapatan.

“Ada perumpamaa­n Cina berkata, jika hendak merantau dan berniaga, mereka akan mula dengan langkah pertama. Tidak mengambil kira sama ada langkah itu besar atau kecil tetapi langkah pertama amat penting.

“Saya mengharap masyarakat Bidayuh di BRS ini berani mengorak langkah pertama mencebur diri di dalam bidang perniagaan kerana jika kita lihat terdapat potensi setiap sudut di BRS bagi menjana pendapatan lumayan berkemungk­inan boleh mencapai pasaran dunia,” katanya.

Jelasnya, biar kita berniaga secara kecil-kecilan dahulu kerana dengan keyakinan perniagaan akan berkembang lebih besar.

“Bahkan jika dilihat kepada setiap kejayaan kita hari ini adalah langkah pertama yang pernah kita lakukan suatu masa dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Kesepaduan Komuniti ‘Cohesive Society’ di Kampung Taba Sait itu disini semalam.

BRS berupaya menjadi ikon gah kepada hub ekopelanco­ngan sangat menarik dan jika beberapa perkara dilaksana dan diperbaiki menarik lebih ramai pengunjung untuk datang.

Jelasnya, kawasan BRS harus dipasti selamat dikunjungi pengunjung tempatan atau pelancong luar dan bebas aktiviti jenayah seperti merompak, curi atau penagih dadah kerana pelancong tidak akan datang sekiranya tiada jaminan keselamata­n.

Kata beliau lagi, kebersihan persekitar­an juga harus dititikber­atkan agar sentiasa kelihatan indah dan menarik agar menjadi bualan apabila mereka kembali ke negara asal dan bebas dari sebarang bentuk penyakit berjangkit.

“Jangan pula tipu pelancong dengan menjual barang atau perkhidmat­an makanan dan sebagainya pada harga mahal dengan niat mengaut keuntungan segera.

“Jadikan tabiat melakukan setiap perkara itu beretika dan guna kemudahan disedia kerajaan bagi memajukan perniagaan,”katanya.

Sementara itu, Program Berasaskan Komuniti itu katanya memerlu penglibata­n setiap lapisan masyarakat sama ada tua atau muda untuk terlibat sama dalam setiap aktiviti dianjur.

Antara susun atur aktiviti dijalankan termasuk sesi ceramah motivasi untuk pelajar, demonstras­i penggunaan alat pemadam api, pertunjuka­n makanan sihat dana seimbang, ceramah keselamata­n kampung dan banyak lagi.

Beliau semalam turut menyatakan pendirian menyokong penganjura­n program sedemikian kerana percaya ia berupaya memanfaatk­an komuniti setempat dan kawasan sekitar.

“Saya menggesa semua ahli majlis MPP, sekiranya anda ada rancangan mengadakan program seperti ini tahun depan, sila kemuka kertas kerja kepada Setiausaha MPP agar dapat kita majukan kepada Kementeria­n Kerajaan Tempatan bagi permohonan peruntukka­n,” tambahnya.

Turut hadir sama adalah pengerusi pengelola juga Pengerusi Penganjur yang juga Ahli Majlis MPP, Paul Akiu Bandat dan Pengerusi Jawatankua­sa BRS, Johin Krayu.

 ??  ?? SAMPAIKAN: Penasihat Jawatankua­sa BRS, Itedio Peu (kiri) mewakili jawatankua­sa BRS dan pendudukny­a menyampaik­an cenderahat­i kepada Lo (dua kiri) pada majlis penutupan Program Kesepaduan Komuniti ‘Cohesive Society’ di Kampung Taba Sait, semalam.
SAMPAIKAN: Penasihat Jawatankua­sa BRS, Itedio Peu (kiri) mewakili jawatankua­sa BRS dan pendudukny­a menyampaik­an cenderahat­i kepada Lo (dua kiri) pada majlis penutupan Program Kesepaduan Komuniti ‘Cohesive Society’ di Kampung Taba Sait, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia