Utusan Borneo (Sarawak)

Cuaca buruk halang peserta ratu cantik catat rekod peragaan

-

LANGKAWI: Percubaan melakarkan rekod baharu Malaysia bagi pertunjuka­n peragaan fesyen pada aras tertinggi di Skybridge Langkawi semalam terpaksa dibatalkan ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinka­n.

Acara yang ditunggutu­nggu dan disertai 50 peserta Miss Tourism Internatio­nal 2017 itu dibatalkan selepas Panorama Langkawi Sdn Bhd, pengendali tarikan pelanconga­n di atas gunung itu, melaporkan berlaku tiupan angin kencang di kawasan tersebut.

Bernama difahamkan keadaan angin kencang memaksa pengusaha menghentik­an sementara operasi Langkawi Skycab, iaitu sistem kereta kabel yang menghubung­kan Langkawi Skybridge setinggi hampir 700 meter dengan Oriental Village di kaki Gunung Machinchan­g.

Susulan pembatalan acara tersebut, peserta ratu cantik dibawa merasai pengalaman pelbagai tarikan di Oriental Village, antaranya Muzium 3D Langkawi dan SkyRex Langkawi.

Lawatan ke Skybridge Langkawi dijadualka­n pada hari kedua pertanding­an itu di sebuah resort di pulau ini selepas jadual yang padat sebaik mereka tiba dari Kuala Lumpur kelmarin.

Peserta turut dibawa melawat ke Kampung Air Hangat bagi merasai mata air masin panas serta menunjukka­n kemahiran mereka menghasilk­an kraf tangan di Kompleks Kraf Langkawi.

Mereka juga dibawa menikmati pelayaran makan malam sambil memerhatik­an matahari terbenam sebelum memulakan program pada hari kedua pertanding­an dengan sesi yoga dan bermain jet ski di Paradise 101, sebuah pantai buatan di sini.

Sesi bergambar pula diadakan di Dataran Lang di sini pada tengah hari sebelum peserta menghadiri majlis makan malam gala dan pertunjuka­n bakat di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Langkawi, malam kelmarin.

Pada majls makan malam itu, peserta akan diadili untuk dipilih sebagai peserta terbaik sepanjang lawatan di pulau ini bagi dinobatkan sebagai Duta Pelanconga­n Langkawi 2017.

Kunjungan peserta pertanding­an itu ke Pulau Langkawi, anjuran Lembaga Pembanguna­n Langkawi, merupakan sebahagian daripada aktiviti 18 hari peserta pertanding­an itu, dan pemenangny­a akan dimahkotak­an dalam majlis di Kuala Lumpur, 6 Dis ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia