Utusan Borneo (Sarawak)

173 kes baharu HIV direkodkan di Pahang

-

KUANTAN: Sebanyak 173 kes baharu HIV direkodkan di Pahang pada pada tahun ini, dengan 82 peratus daripadany­a adalah lelaki.

Pengarah Kesihatan Pahang Dr Sha’ari Ngadiman berkata 57 peratus daripada jumlah itu adalah anak muda yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 39 tahun.

“Pahang juga menunjukka­n tren penurunan kes baharu HIV sebanyak 74 peratus berbanding tahun 2002. Kes pertama direkodkan di Pahang pada tahun 1989 dan jumlah kumulatif se- hingga 18 Nov lalu ialah 11,156 kes HIV.

“Daripada jumlah itu, 2,328 ialah kes AIDS dan terdapat 2002 pesakit HIV dan AIDS telah meninggal dunia,” katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Hari AIDS Sedunia 2017 Peringkat Pahang di Serambi Teruntum di sini, kelmarin.

Dr Sha’ari menambah statistik rawatan anti-retroviral (ARV) di Pahang untuk tempoh Januari hingga September lalu pula mencapai 28.4 peratus, meningkat daripada 16.8 pera- tus pada tahun 2016.

Sehubungan itu, Dr Sha’ari menasihatk­an mereka yang berisiko tinggi mendapat HIV menjalani ujian saringan secara percuma bagi membolehka­n rawatan ARV dilakukan segera untuk menurunkan virus itu selain mengurangk­an risiko kadar jangkitan.

“Jabatan juga akan melakukan siasatan untuk mengetahui risiko jangkitan dan mereka sebenarnya tidak perlu bimbang kerana kerahsiaan mereka akan dijaga dengan baik bagi mengelakka­n stigma masyarakat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia