Utusan Borneo (Sarawak)

Nelayan terjejas banjir akan terima bantuan

-

PASIR SALAK: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyalurka­n bantuan kepada golongan nelayan yang terjejas dengan bencana banjir yang melanda Perak, baru-baru ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata bagaimanap­un bancian perlu dilakukan terlebih dahulu, bagi membolehka­n bantuan yang sewajarnya disalurkan kepada nelayan yang terjejas banjir.

“Kita mengambil berat dan prihatin terhadap nasib yang menimpa mereka dan bukan sahaja nelayan, petani serta penternak yang terlibat pun kita akan bantu.

“Bantuan akan diberikan secepat mungkin dan ketika ini pegawai kementeria­n sedang memantau dan melakukan bancian terhadap golongan nelayan yang terjejas,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia