Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia dipilih semula duduki kerusi Ahli Majlis IMO Kategori C

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dipilih semula untuk menduduki kerusi Ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabang­sa (IMO) Kategori C untuk tempoh 2018-2019.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam berkata pemilihan bagi penggal ketujuh berturut-turut itu diadakan bersempena Persidanga­n Agung IMO di Ibu Pejabat IMO, London pada Jumaat.

“Malaysia berjaya meraih sebanyak 131 undi daripada kalangan 24 negara yang bertanding dalam kategori C,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kategori C ialah bagi negara dari kawasan geografi utama yang mempunyai kepentinga­n bermakna dalam lautan dan pengangkut­an kapal.

Beliau berkata kejayaan itu merupakan pengiktira­fan negara anggota IMO akan sumbangan dan kepentinga­n Malaysia di IMO dan dalam sektor maritim antarabang­sa dan ini memberi keyakinan kepada pelabur- pelabur asing terhadap pentadbira­n maritim negara sekaligus akan melabur dalam sektor perkapalan dan pelabuhan negara.

IMO adalah pertubuhan khusus yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Bang- sa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bertanggun­gjawab terhadap perkara berkaitan keselamata­n kapal, keselamata­n pelayaran dan pencegahan serta pengawalan pencemaran laut yang dihasilkan aktiviti perkapalan.

Liow berkata kejayaan itu juga merupakan hasil kerjasama dan sokongan daripada setiap agensi di bawah Kementeria­n Pengangkut­an dan Kementeria­n Luar Negeri dalam memastikan Malaysia mengekalka­n kedudukann­ya sebagai Ahli Majlis IMO.

Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia dalam persidanga­n itu turut diiringi Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengangkut­an Datuk Seri Saripuddin Kassim berserta pegawaipeg­awai lain.

Sebagai ahli Majlis IMO, Liow berkata Malaysia menekankan kepentinga­n pembanguna­n sumber manusia dalam kalangan negara membangun bagi memastikan semua negara anggota IMO dapat melaksanak­an obligasi mereka serta mengaplika­si konvensyen-konvensyen IMO yang diterima pakai.

Perhimpuna­n Agung IMO diadakan setiap dua tahun dan pemilihan Ahli Majlis IMO turut diadakan semasa perhimpuna­n itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia