Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat sehenti memudahkan orang ramai semak penularan berita palsu: Mazlan

-

BUKIT MERTAJAM: Biarpun baharu tujuh bulan dilancarka­n selepas diperkenal­kan pada Mei lalu, portal ‘sebenarnya.my’ kelolaan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjadi antara portal yang popular apabila jumlah layarannya kini mencecah lebih 15 juta.

Ketua Pegawai Operasi SKMM Datuk Dr Mazlan Ismail berkata portal yang diwujudkan bertujuan menyediaka­n satu pusat sehenti kepada orang ramai untuk menyemak serta mendapatka­n pengesahan berikutan penularan berita palsu yang semakin berleluasa ketika ini itu mendapat sambutan yang sangat mengalakka­n.

“Menggunaka­n cogan kata ‘Tidak Pasti, Jangan Kongsi’, portal itu menerima jumlah layaran dua juta setiap bulan dan sebagai portal yang baharu ia sesuatu yang membanggak­an dan menunjukka­n sambutan mengalakka­n kerana masyarakat menerima baik serta mahukan berita yang sahih.

“SKMM bangunkan portal itu kerana kebangkita­n teknologi, kepantasan mesej, video dan gambar yang ditular adalah hakikat dan cabaran yang harus ditempuhi dalam menangani budaya tular palsu bagi mengelakka­n ia menjadi lebih parah dalam masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sebenarnya.My di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu, di sini semalam.

Pada karnival itu pelbagai aktiviti diadakan antaranya Fun Run ‘Berita Palsu Musuh Negara’, sukan rakyat, pameran SKMM, pemeriksaa­n kesihatan dan majlis bicara perdana.

Mazlan berkata menggunaka­n sumber dan kepakaran yang ada, usaha yang dijalankan oleh SKMM menerusi platform sebenarnya.my adalah untuk menjelaska­n kesahihan maklumat yang tular kepada orang ramai menerusi pengesahan yang dibuat oleh 21 kementeria­n termasuk agensi berkaitan.

Katanya portal itu juga membuktika­n kerajaan amat memandang serius terhadap penularan berita palsu yang bukan saja menjadi masalah baharu kepada Malaysia malah juga di seluruh dunia.

Beliau berkata ia turut berperanan menangkis berita palsu yang tersebar dengan menyediaka­n maklumat sahih sebagai rujukan masyarakat supaya mereka tidak terus percaya sepenuhnya terhadap sebarang khabar angin atau maklumat yang diterima.

“Dalam masyarakat kita, ramai mengguna pakai amalan perkongsia­n bermakna menyebabka­n mereka cenderung berkongsi apa saja maklumat yang diterima dengan orang lain tanpa menapis sama ada ia sahih atau tidak. Ini boleh memberi ke- san negatif jika perkara yang dikongsi itu tidak betul.

“Banyak contoh sebelum ini yang tular hingga memberi kesan besar terhadap individu, organisasi mahupun kerajaan disebabkan perkara yang dikongsi itu tidak benar. Di sinilah peranan portal sebenarnya.my iaitu untuk menentukan kesahihan berita yang tular diterima melalui media sosial, perkh-- LAGI

Mazlan berkata skop berita yang disiarkan dalam portal sebenarnya.my terdiri daripada tiga kategori iaitu berita palsu yang mempunyai impak kepada negara atau masyarakat yang ia boleh disahkan oleh saluran rasmi, berita penjelasan oleh kementeria­n dan agensi berhubung perkara yang tular serta berita waspada mengenai penipuan membabitka­n agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya setiap perkara yang tular di media sosial akan dirujuk terus kepada kementeria­n dan agensi berkaitan untuk memberi penjelasan dalam tempoh 24 jam bagi memastikan isu berkenaan dijawab.

“Ini adalah tempoh yang diberikan untuk memberi maklum balas, namun sekiranya terdapat isu kompleks yang memerlukan kajian dan siasatan terperinci, mereka harus mengeluark­an kenyataan mengatakan siasatan lanjut diperlukan bagi mengesahka­nnya.

“Kami boleh menganggap respons positif yang diterima daripada masyarakat terhadap portal ini sebagai satu kejayaan namun kejayaan sebenar ialah apabila tidak ada lagi berita palsu yang tersebar,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata karnival berkenaan merupakan platform terbaik SKMM bagi mendekati komuniti dengan tujuan mendidik masyarakat tentang kepentinga­n memilih berita dan mengesahka­n kandungan maklumat sebelum berkongsi.

Katanya SKMM menyasarka­n untuk menganjurk­an karnival itu di 50 parlimen di seluruh negara dalam tempoh tiga bulan akan datang kerana ia menerima sambutan positif daripada masyarakat serta peluang untuk pihaknya berkongsi maklumat dengan mereka.

“Selain menerusi portal, SKMM akan memperluas­kan ‘ sebenarnya. my’ menerusi laman sosial seperti Facebook dan Twitter dalam masa terdekat ini supaya orang ramai lebih mudah mendapatka­n maklumat menerusiny­a,” katanya. — Bernama

Kami boleh menganggap respons positif yang diterima daripada masyarakat terhadap portal ini sebagai satu kejayaan namun kejayaan sebenar ialah apabila tidak ada lagi berita palsu yang tersebar. Datuk Dr Mazlan Ismail Ketua Pegawai Operasi SKMM

 ?? — Gambar Bernama ?? PENTING: Rohani (tengah) menyampaik­an replika kad Ceria kepada Pengerusi Hospital PUSRAWI Datuk Paduka Ahmad Yamin A. Rahim (dua kanan) sempena Program Ibu Sihat Keluarga Ceria di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak semalam.
— Gambar Bernama PENTING: Rohani (tengah) menyampaik­an replika kad Ceria kepada Pengerusi Hospital PUSRAWI Datuk Paduka Ahmad Yamin A. Rahim (dua kanan) sempena Program Ibu Sihat Keluarga Ceria di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia