Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM pastikan orang ramai dapat akses informasi berkaitan banjir

-

KOTA BHARU: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia akan memastikan sistem telekomuni­kasi di negeri-negeri yang dilanda banjir tidak terjejas.

Ketua Setiausaha kementeria­n itu, Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad berkata pihaknya juga akan memastikan orang ramai mendapat akses kepada informasi berkaitan bencana alam itu tanpa sebarang gangguan.

“Apa yang berlaku ketika banjir 2014 lalu apabila akses kepada informasi itu tidak diperoleh disebabkan stesen radio Kelantanfm ditenggela­mi air, begitu juga menara-menara telekomuni­kasi terjejas akibat banjir hingga menyebabka­n sistem komunikasi terjejas,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat berkaitan perkembang­an banjir yang melanda negeri ini di sini, semalam.

Taklimat tersebut disampaika­n Pengerusi Jawatankua­sa Penyelaras Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Kelantan Azahar Ismail yang juga Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan.

Sharifah Zarah berkata pihaknya akan meninjau semua pusat pemindahan sementara mangsa banjir bagi memastikan akses kepada informasi diberikan perhatian sewajarnya.

Beliau berkata kerjasama bersepadu oleh agensi-agensi kerajaan Persekutua­n membolehka­n operasi membantu mangsa banjir dilakukan dengan lancar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia