Utusan Borneo (Sarawak)

Pengasas,pengerusi kelab veteran UMNO pertama meninggal dunia

-

IPOH: Pengasas dan Pengerusi Kelab Veteran UMNO yang pertama, Tan Sri Tajudin Ali, 95, meninggal dunia di kediamanny­a di Hala Gopeng, Off Jalan Sultan Nazrin Shah, di sini, pagi semalam.

Menurut anaknya, Amirudin, Allahyarha­m bapanya dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ipoh sejak dua minggu lalu, dipercayai mengalami jangkitan paru-paru.

“Ayah kemudianny­a dibawa balik ke rumahnya dua hari lalu, sebelum meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi tadi (pagi semalam),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata Allahyarha­m dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ara, Pantai Besar di Batu Kurau, Taiping selepas solat Asar semalam.

Difahamkan, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan sempat meluangkan masa melawat Allahyarha­m selepas solat Jumaat, semalam.

Allahyarha­m meninggalk­an seorang balu, Puan Sri Putri Sharifah Megat Abd Rahman, 89, dan sembilan anak.

Allahyarha­m merupakan bekas wakil rakyat kawasan Kinta Utara (1955) dan dilantik menjadi Ahli Parlimen Larut mulai 1959 selama tiga penggal ketika zaman Allahyarha­m Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Allahyarha­m Tun Abdul Razak Hussein menjadi Perdana Menteri.

Pada 1974, Allahyarha­m menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau dan dilantik sebagai exco kanan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia