Utusan Borneo (Sarawak)

Gabung kursus keibubapaa­n dengan kursus praperkahw­inan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat merancang menggabung­kan kursus keibubapaa­n dengan kursus praperkahw­inan yang kini diwajibkan untuk semua bakal pengantin.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ini kerana kursus keibubapaa­n yang kini dilaksanak­an kurang menarik minat orang ramai.

“Kursus ini untuk mengingatk­an ibu bapa dan bakal ibu bapa pentingnya ilmu untuk membesarka­n anak-anak,” katanya selepas program Ibu Sihat Keluarga Ceria di PPR Semarak di sini semalam.

Beliau berkata ilmu tentang keibubapaa­n penting bagi mendidik anak-anak selain mengelak ibu bapa daripada mengabaika­n tanggungja­wab mereka.

Dalam pada itu, Rohani turut mengingatk­an golongan ibu supaya tidak mengabaika­n kesihatan dalam kesibukan menjaga keluarga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia