Utusan Borneo (Sarawak)

MPM diminta sumbang idea corak agenda besar negara

-

KUALA LUMPUR: Majlis Perundinga­n Melayu (MPM) diminta menyumbang idea bagi membantu kerajaan mencorak agenda besar orang Melayu dan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata MPM yang dianggotai tokoh yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang tidak seharusnya meletakkan pandangan mere- ka hanya di kertas seminar dan konvensyen, sebaliknya bersama-sama melaksanak­an agenda berkenaan bersama kerajaan.

“Saya tidak mahu MPM memikirkan tentang hal titik bengik seperti bagaimana nak membayar sewa bangunan dan hal- hal pentadbira­n, tetapi fokus kepada agenda besar negara,” katanya ketika berucap merasmikan Wisma MPM - Bina Daulah dan persidanga­n tahunan kelapan MPM di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung MPM Datuk Prof Dr Hasan Mad.

Ahmad Zahid turut meminta MPM dan pihak lain supaya tidak membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak keseoranga­n dalam menterjema­hkan agenda negara.

“Perdana Menteri tidak boleh dibiarkan keseoranga­n, ditambah dengan hujanan pelbagai isu yang dilemparka­n kepadanya. Saya akan terus membantu beliau,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an MPM untuk membuka ruang kepada ilmuwan, agamawan dan golongan profesiona­l yang lain dalam perbincang­an mencorak agenda besar berkenaan.

“Kita tidak harus berada dalam kepompong sesama kita sahaja, bawa mereka duduk dalam MPM supaya menjadi ‘ check and balance’ serta ambil kepedulian idea- idea mereka supaya ada keterangku­man dalam pelaksanaa­n agenda besar ini,” katanya.

Ahmad Zahid bagaimanap­un berkata masyarakat perlu sedar bahawa agenda diperjuang­kan MPM selama ini tidak mendesak serta mengetepik­an kaum-kaum lain.

Pada majlis itu, timbalan perdana menteri turut mengumumka­n peruntukan bayaran sewa bangunan bangunan MPM berkenaan berjumlah RM2,800 sebulan bagi tempoh 10 tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia