Utusan Borneo (Sarawak)

Perlawanan awal yang menarik menyaksika­n Sepanyol menentang Portugal yang akan berlangsun­g pada 15 Jun

-

MOSCOW: Portugal akan menentang Sepanyol dalam perlawanan paling menarik pada peringkat kumpulan Piala Dunia 2018, manakala England diundi untuk berentap dengan Belgium yang bahaya kelmarin.

Sepanyol, juara Piala Dunia 2010, kembali bertenaga di bawah Julen Lopetegui selepas mempamerka­n prestasi hambar sejak beberapa tahun lalu dan dilihat sebagai pasukan untuk dielak selepas tidak hilang tempat dalam kelompok pasukan pilihan utama.

Portugal, juara bertahan Eropah, diundi untuk perlawanan tetangga Iberia dalam satu majlis gilang-gemilang yang diadakan di Moscow Kremlin dan memaparkan kemunculan Presiden Rusia Vladimir Putin di sisi Presiden FIFA Gianni Infantino.

Undian itu turut menggarisk­an laluan potensi bagi semua pasukan ke perlawanan akhir, dan mendedahka­n prospek yang begitu mengujakan seperti perlawanan suku akhir antara Sepanyol dan Argentina, dan mungkin perlawanan separuh akhir melibatkan Sepanyol menentang Jerman atau Perancis melawan Brazil.

Bagaimanap­un perlawanan Sepanyol menentang Portugal Infantino (kiri) dan Presiden Rusia, Vladimir Putin memberikan kata ucapan semasa sesi cabutan undi bagi temasya Piala Dunia 2018 Rusia di State Kremlin Palace, Moscow. adalah perlawanan awal yang amat menarik, dan ia bakal berlangsun­g di Sochi, pusat peranginan Laut Hitam, pada Jumaat, 15 Jun.

“Mereka juara Eropah, mereka mempunyai pemain hebat dan kita bercakap mengenai tahap tertinggi,” kata jurulatih Lopetegui kepada stesen televisyen Cuatro dari Sepanyol.

Ronaldo, bintang Real Madrid, akan berusia 33 tahun dalam kejohanan akhir pada tahun depan, yang bermakna ini mungkin peluang terakhirny­a untuk memenangi Piala Dunia.

Sementara itu, juara dunia bertahan Jerman, Neymar dan Brazil yang dipandang tinggi, dan Perancis pasti gembira dengan undian masing-masing, tetapi prospek kelihatan lebih sukar bagi Argentina.

Mereka akan menentang Croatia, Nigeria dan negara yang tampil buat julung kalinya di Piala Dunia, Iceland, pada waktu Lionel Messi cuba menebus kekalahan dalam perlawanan akhir kepada Jerman pada 2014.

Jerman digandingk­an dengan Mexico, Sweden dan Korea Selatan dalam Kumpulan F di mana anak buah Joachim Loew cuba menjadi negara pertama mempertaha­nkan kejuaraan sejak Brazil pada 1962.

Juara lima kali Brazil, yang ingin melupakan kesengsara­an pada 2014 dan kekalahan 7-1 mereka yang memalukan dalam perlawanan separuh akhir menentang Jerman, diundi dengan Switzerlan­d, Costa Rica dan Serbia dalam Kumpulan E.

Ia pernah disebut sebelum ini bahawa jurulatih Perancis Didier Deschamps mempunyai bintang bertuah di atas kepalanya apabila ia melibatkan undian seperti ini, dan pasukannya pasti yakin dapat mara dari Kumpulan C di hadapan Australia, Peru dan Denmark.

Bekas penyerang England yang menjadi pengacara televisyen Gary Lineker menyelia undian dan negaranya pasti gembira selepas Diego Maradona, yang menyingkir­kan Lineker dan England dari Piala Dunia 1986 dengan gol ‘Tangan Tuhan’ yang terkenal, mengundi anak buah Gareth Southgate dalam Kumpulan G bersama Belgium, Tunisia dan negara yang layak buat pertama kali, Panama.

Jepun berdepan dengan tugasan yang sukar untuk menamatkan cabaran dalam kelompok dua teratas Kumpulan H yang turut memaparkan Robert Lewandowsk­i dan Poland, Sadio Mane dan Senegal serta Colombia.

Kejohanan yang merangkumi 11 buah bandar raya dan 12 buah stadium itu bermula apabila pasukan tuan rumah Rusia menentang Arab Saudi pada 14 Jun di Stadium Luzhniki, Moscow, yang turut menjadi venue perlawanan akhir pada 15 Julai.

Majlis berlangsun­g di dalam Istana Kremlin Negara, di mana Kongres Parti Komunis diadakan sewaktu era Soviet.

Presiden Putin berkata Rusia “amat menyayangi” bola sepak.

“Negara kita mengalu-alukan kejohanan itu dan berhasrat untuk mengadakan­nya pada tahap tertinggi,” kata Putin. — AFP

 ??  ?? HANGAT:
HANGAT:
 ??  ?? SANE
SANE
 ??  ?? KOMPANY
KOMPANY
 ??  ?? FERNANDINH­O
FERNANDINH­O

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia