Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola bimbang pemain tonggaknya akan digantung

-

MANCHESTER: Pep Guardiola mengakui dia bimbang mengenai penggantun­gan yang boleh berlaku apabila pendahulu Manchester City menentang West Ham United untuk menyamai satu rekod Liga Perdana Inggeris pada malam ini (Ahad).

Kemenangan ke atas West Ham menandakan kemenangan ke- 13 berturut- turut dalam liga bagi pasukan Guardiola, untuk menyamai rekod bagi kemenangan berturut-turut paling banyak dalam satu musim, sekarang sama-sama dipegang oleh Chelsea pada musim lepas dan Ars e n a l pada 2001-02. Pasukan Arsenal itu seterusnya memenangi perlawanan ke-14 pada permulaan kempen berikutnya dan, jika mereka menewaskan West Ham, City berpeluang untuk mengikat rekod itu apabila mereka bertandang ke Old Trafford untuk menentang pencabar kejuaraan Manchester United (MU) tujuh hari kemudian. Namun tiga pemain penting – dua pemain tengah Fernandinh­o dan Leroy Sane serta kapten Vincent Kompany – boleh dikenakan penggantun­gan jika mereka dilayangka­n kad kuning kedua yang tidak mengizinka­n mereka untuk bermain dalam perlawanan tetangga Manchester yang dinanti- nantikan.

Ia telah menimbulka­n prospek di mana Guardiola merehatkan seorang atau lebih pemain tersebut bagi kunjungan West Ham ke Eastlands.

“Kita akan lihat esok dalam sesi latihan apa yang kita akan buat. Sudah tentulah mereka dapat bermain atau berehat,” kata Guardiola.

“Vincent Kompany cedera selama dua bulan, dia bermain satu perlawanan ketika itu, bermain lagi tiga hari kemudian.

“Fernandinh­o kerap bermain tetapi ini adalah perlawanan penting, kita tidak boleh memikirkan tentang MU.

“Saya bimbang mengenai layangan kad tetapi West Ham juga.

“Dalam perlawanan terakhir, kami tidak menurunkan David Silva pada permulaan. Saya menggilirk­an pemain dan mungkin saya akan berbuat demikian sekali lagi. Sembilan perlawanan dalam satu bulan adalah banyak.” City pasti mengharapk­an kemenangan yang lebih rutin dalam perlawanan menentang West Ham berbanding tiga perlawanan terakhir mereka, di mana semuanya memerlukan gol kemenangan lewat dari Raheem Sterling, yang sudah mencatatka­n jaringan dengan 13 gol.

Pengurus City ingin sekali memuji Sterling di atas peningkata­nnya yang dramatik tetapi percaya satu faktor penting adalah kesediaan pemain sayap England itu untuk menerima nasihatnya. — AFP

 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA
 ??  ?? DJOKOVIC
DJOKOVIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia