Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic bawa Stepanek sertai pasukan kejurulati­han

-

PARIS: Bekas pemain nombor satu dunia Novak Djokovic berkata Radek Stepanek akan menyertai pasukan kejurulati­hannya untuk melengkapi Andre Agassi.

Agassi dan Stepanek, bekas pakar beregu, akan menggantik­an dua bekas jurulatih pemain Serbia itu, Boris Becker dan Marian Vajda.

Dia berpisah dengan Becker pada tahun lepas dan menamatkan pembabitan selama tujuh tahun dengan Vajda pada Mei lalu setelah tujuh tahun bekerja sama.

“Tidak lama lalu, @radek_ stepanek dan saya berada di sebelah jaring yang bertentang­an. Sekarang kami bergabung untuk memburu matlamat baharu bersama dan berkongsi minat yang mendalam kepada sukan ini. Masa mengujakan menunggu kami di hadapan!” kata Djokovic dalam satu paparan Instagram.

Stepanek, seorang Czech berusia 39 tahun, menamatkan kariernya dua minggu lepas setelah 21 tahun di litar di mana dia memenangi dua kejuaraan beregu di kejohanan Grand Slam.

Djokovic sudah jatuh ke tempat ke-12 di dunia sejak kecederaan siku memaksanya untuk menamatkan musimnya pada Julai lalu.

Dia dijangka kembali beraksi di satu acara pertunjuka­n di Abu Dhabi pada 28-30 Disem

ber. — AFP

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia