Utusan Borneo (Sarawak)

Mourinho mahu Guardiola diberi hukuman setimpal

-

MANCHESTER: Pengurus Manchester United (MU) Jose Mourinho memberi bayangan bahawa dia percaya Pep Guardiola menerima layanan istimewa apabila dia berjaya mengelak daripada dibuang dari tepi padang pada Rabu lepas.

Guardiola, pengurus Manchester City, lari ke dalam padang untuk meraikan gol kemenangan lewat Raheem Sterling apabila pasukannya menewaskan Southampto­n 2-1 untuk kekal lapan mata di hadapan MU di tempat teratas dalam Liga Perdana Inggeris.

Dia kemudian kelihatan mengadakan perbualan yang bersemanga­t dengan Nathan Redmond selepas wisel penamat, dan kelihatan seperti membuat bantahan kepada pemain sayap Southampto­n itu.

Sejak itu Redmond telah mengeluark­an satu kenyataan untuk memberitah­u Guardiola ‘sangat positif dan hanya memberi pujian’ dalam insiden itu, tetapi Persatuan Bola Sepak (FA) telah meminta pengurus dari Sepanyol itu untuk men- jelaskan tindakanny­a.

Bagaimanap­un hakikat bahawa Guardiola tidak menerima hukuman ketika itu kerana memasuki padang permainan menimbulka­n kemarahan Mourinho, yang diarah duduk di tempat penonton sewaktu pasukannya menang 1-0 di Southampto­n pada September lalu setelah dia melangkah masuk ke dalam padang.

Mourinho digantung dari tepi padang berhubung insiden itu, tetapi merasakan dia telah dihukum secara tidak adil.

Ditanya sama ada dia terkejut kerana Guardiola tidak diarah duduk di tempat penonton, Mourinho berkata: “Terkejut? Tidak. Tidak terkejut.”

Didesak memberi penjelasan, Mourinho membayangk­an kepada wartawan bahawa dia akan menghadapi masalah dengan pihak berkuasa bola sepak jika dia menyebut apa yang dia sebenarnya fikir- kan. Di berkata: “Tidak. Tidak. Tida k . Tida k . A n d a b e r t a n y a satu soal a n k e - pada saya, j i ka saya t e r k e j u t . Saya kata saya tidak terkejut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia