Utusan Borneo (Sarawak)

Quieroz cabar pihak berkuasa bola sepak Iran pecatnya

-

HONG KONG: Carlos Queiroz telah mencabar pihak berkuasa bola sepak Iran untuk memecatnya dari jawatan ketua jurulatih bagi pasukan kebangsaan negara yang akan bermain dalam kejohanan Piala Dunia jika mereka tidak menghargai kri- tikannya yang terbuka terhadap persiapan bagi kejohanan akhir pada tahun depan di Rusia.

Iran telah diundi untuk menentang negara asal Queiroz, Portugal, selain Sepanyol dan Maghribi dalam Kumpulan B, tetapi bekas jurulatih Real Madrid itu telah membuat seruan semula kepada pihak berkuasa negara untuk meningkatk­an lagi sokongan kepada usaha pasukan bagi merebut tempat pada pusingan kedua.

“Saya di sini untuk menyatakan Iran memerlukan persiapan tempatan yang istimewa,” kata pengurus berusia 64 tahun itu dalam satu video yang dipaparkan dalam laman Facebookny­a selepas undian Piala Dunia kelmarin di Moscow.

“Saya tidak peduli tentangan ugutan dan apa yang mereka cuba buat untuk menghalang saya daripada bercakap. Penyokong Iran berhak menjalani persiapan yang khas bagi Piala Dunia. Kita perlu melaksanak­an persiapan khas untuk membawa maruah dan penghormat­an.

“Mereka boleh memecat saya, saya tidak peduli, tetapi sekarang adalah masanya untuk menyuaraka­n pendapat saya kerana penyokong Iran berhak dan pemain berhak mendapatka­n sokongan sepenuhnya untuk bersedia bagi pertanding­an ini.”

Queiroz sudah pun berbalah dengan pihak berkuasa Iran berhubung tuntutanny­a untuk lebih banyak sokongan lojistik dan kewangan bagi pasukannya sejak mereka menjadi negara pertama dari Asia untuk menempah tiket ke Rusia pada Jun tahun depan.

Namun bekas pembantu Alex Ferguson itu masih orang yang amat popular di kalangan peminat bola sepak di Iran selepas berjaya mendapatka­n dua kelayakan berturut-turut ke Piala Dunia untuk negara itu buat pertama kalinya dalam sejarah mereka.

Bagaimanap­un Iran tersingkir daripada pertanding­an tersebut pada hujung peringkat kumpulan dalam setiap daripada empat penampilan mereka sebelum ini di kejohanan akhir dan Queiroz telah mengintai tempat dalam Pusingan 16 Terakhir di Rusia.

“Undian itu sangat mengujakan dan sangat menarik dan tidak mungkin lebih bagus,” katanya mengenai tugasan yang berada di hadapan untuk pasukannya. — Reuters

 ??  ?? QUIEROZ
QUIEROZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia