Utusan Borneo (Sarawak)

Penyerang itu ledak gol tunggal untuk memberikan Napoli kekalahan pertama dalam Serie A

-

MILAN: Gonzalo Higuain tidak mempedulik­an keretakan tangan untuk memberikan kekalahan pertama Napoli pada musim ini dalam Serie A kelmarin untuk meletakkan Juventus satu mata di belakang pendahulu liga itu dengan kemenangan 1-0.

Higuain menjalani pembedahan Isnin lepas tetapi mahu juga bermain dalam perlawanan penting antara pendahulu liga Napoli dengan juara bertahan sebanyak enam kali itu.

Kemunculan­nya di padang lamanya, Stadium San Paolo, disambut dengan ejekan penyokong tuan rumah.

Namun pemain berusia 29 tahun yang tidak peduli itu, selepas dia meninggalk­an Napoli pada 2016 untuk pergi ke Turin di bawah kontrak bernilai 90 juta euro (RM432 juta), menjaringk­an gol tunggal selepas 12 minit.

“Higuain adalah fenomena dalam situasi ini,” kata jurulatih Napoli, Maurizio Sarri. “Mereka kurang 90 juta tetapi lebih tiga mata.”

Juventus menduduki tempat kedua, hanya satu mata sahaja di belakang Napoli selepas 15 perlawanan, dan di hadapan Inter Milan – satu-satunya pasukan yang belum tewas sekarang – yang dapat merampas kelebihan dalam kejohanan ini pada malam ini (Ahad) apabila mereka melayan kunjungan Chievo.

Ia merupakan kemenangan pertama bagi Juventus di Naples dalam tempoh hampir tiga tahun, tetapi kapten Gianluigi Buffon memberi amaran kepada kelab Turin itu untuk tidak terlalu seronok.

“Menang di Naples tidak mudah tetapi kita tidak boleh terlalu teruja, tetapi saya perlu menyatakan kita sangat bagus,” kata Buffon kepada Mediaset Premium.

“Walaupun ada rasa puas hati tertentu, kita tahu kita di tempat kedua dan berisiko menduduki tempat ketiga.

“Higuain mempamerka­n prestasi mengagumka­n selama berbulan-bulan, ia pasti sayang untuk kehilangan­nya bagi perlawanan sedemikian. Hakikat bahawa dia memberi bantuan kepada kami pada malam ini adalah satu tanda hebat.”

Massimilia­no Allegri mengakui Higuain ingin sekali memulakan perlawanan selepas Mario Mandzukic disahkan tidak dapat bermain.

Pemain Argentina yang ber- semangat itu kelihatan bakal menjaringk­an gol selepas hanya empat minit sahaja apabila dia menerima bola hantaran lintang dari Douglas Costa tetapi cubaannya dari jarak dekat dihalang oleh Pepe Reina.

Namun tidak sampai 10 minit kemudian, gergasi Turin itu berada di depan apabila Paulo Dybala menggunaka­n larian Costa untuk mengeluark­an pemain pertahanan dengan bola hantaran lintangnya kepada Higuain yang menewaskan Reina.

Pemain Slovak, Marek Hamsik, nampak seakan- akan ia adalah malamnya untuk menyamakan rekod jaringan Diego Maradona bersama Napoli, tetapi Buffon berjaya menepis rembatanny­a dari jarak jauh.

Dries Mertens turut melihat rembatanny­a disekat manakala Buffon, 39, menyelamat­kan rembatan cantik dari Lorenzo Insigne.

Napoli mengasak di separuh masa kedua tetapi gagal membuahkan hasil daripada cubaan Insigne selepas minit ke-72 dan Hamsik 10 minit kemudian.

Pada akhirnya, ia adalah Higuain, bekas bintang Napoli, yang membawa perbezaan dengan gol kelimanya menentang bekas pasukannya dalam tempoh 16 bulan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DEBARAN DI PINTU GAWANG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara Napoli dan Juventus di Stadio San Paolo, Naples. Juventus menang 1-0.
— Gambar Reuters DEBARAN DI PINTU GAWANG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara Napoli dan Juventus di Stadio San Paolo, Naples. Juventus menang 1-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia