Utusan Borneo (Sarawak)

Selangor sah ikat lapan pemain Piala Presiden, dua import Indonesia

-

KUALA LUMPUR: Juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali, Selangor, mengikat lapan pemain Piala Presiden dan dua pemain muda daripada pasukan kebangsaan Indonesia, bagi memantapka­n pasukan untuk mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2018.

Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor ( FAS), Datuk Seri Subahan Kamal hari ini mengesahka­n bahawa, skuad Gergasi Merah telah menandatan­gani kontrak dengan kapten pasukan Bawah-23 tahun negara itu yang meraih pingat gangsa Sukan SEA, Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn.

Kedua- dua pemain itu sebelum ini bermain untuk kelab Bhayangkar­a FC yang meraih gelaran sulung Liga 1 Indonesia pada musim ini.

Subahan berkata Selangor turut membawa masuk penyerang muda berusia 21 tahun dari Negeri Sembilan, Sean Eugene Selvaraj, selain melanjutka­n kontrak penyerang import dari Sepanyol, Rufino Segovia, 32, untuk memperkuat­kan jentera serangan.

“Kita memang nak pamerkan ramai pemain muda, khususnya daripada pasukan Piala Presiden yang muncul juara tahun ini dan Selangor tidak pernah ketandusan bakat muda.

Kita pun sedia maklum bahawa banyak bakat dari Selangor dieksport ke negeri-negeri lain, maka kami percaya kepada bakat muda dan bergantung kepada ketua jurulatih ( P. Maniam) untuk membentuk mereka.

“Saya yakin langkah ini dapat memantapka­n pasu- kan kebangsaan kerana jika mereka diberi peluang dan pendedahan, mereka mampu beraksi untuk pasukan kebangsaan nanti. Evan dan Ilham pula merupakan pemain B-23 Indonesia, tetapi mereka sudah pun beraksi untuk pasukan kebangsaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabang­sa Datuk Chu Ah Nge ke-13 di Kelab Diraja Selangor (RSC), Bukit Kiara di sini, semalam.

Subahanyan­gjugamerup­akan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, skuad itu juga mungkin tidak akan memenuhkan lima kuota import yang diberikan atas faktor kewangan.

“Sekarang kita dah ada tiga pemain import dan mungkin akan ikat seorang lagi pemain sahaja, walaupun dibenarkan untuk guna lima pemain import. Ini kerana Selangor adalah antara beberapa pasukan yang mencari sendiri dana daripada pihak swasta dan ia bukan senang. Maka kita kena belanja mengikut kemampuan,” katanya.

Evan, 22, perancang tengah yang menerima gelaran ‘Anak Ajaib’, yang membantu kelab Bhayangkar­a FC meraih gelaran sulung Liga 1, pernah beraksi sebanyak 22 kali untuk skuad B-23 Indonesia dan 12 kali bersama skuad kebangsaan.

Rakan sepasukann­ya, Ilham, 21, yang boleh beraksi di posisi penyerang dan sayap, mempunyai 11 penampilan bersama skuad B-23 dan satu penampilan untuk skuad senior. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia